Aktres jelita, Datin Elvina Mohamad kini menarik perhatian ramai apabila memuat naik hantaran dia laman Instagramnya yang melihatkan dirinya memperagakan busana dress labuh ketika menghadiri sebuah acara fesyen baru-baru ini.
Gambar tersebut telah menerima komen-komen negatif dari netizen apabila baju yang dipakai itu ternyata kurang sopan memandangkan Elvina mengayakan skaf di atas kepala namun dengan baju yang terdedah.
Dah macam zaman firaun punya fesyen lah pulak.
Macam menghina orang yang bertudung.
Sebenarnya alas kepala tu untuk letak kat dada, dia silap pakai.
Ekoran hantaran tersebut, ramai yang tidak berpuas hati kerana seolah-olah aktres ini memainkan agama Islam dengan cara pemakaian tersebut. Meskipun sedia tahu itu hanya lah sebahagian daripada fesyen, namun warganet masih tidak setuju pemilihan pelakon ini.
Barangkali tertampar dengan kritikan netizen, pelakon yang pernah muncul di drama bersiri Cinta Si Wedding Planner ini bertindak untuk menutup ruangan komen pos berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.