“Dah Macam Undertaker..” – Hampir Seminggu Koma Di Hospital, Lelaki Ini Akhirnya Bangkit Lepas Dengar Suara Siti Nurhaliza

Kehidupan

“Dah Macam Undertaker..” – Hampir Seminggu Koma Di Hospital, Lelaki Ini Akhirnya Bangkit Lepas Dengar Suara Siti Nurhaliza

Siapa sangka, suara merdu Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja mendamaikan hati, malah menjadi pencetus kesedaran buat seorang peminat yang sedang koma di Australia akibat serangan jantung.

Kisah luar biasa ini dikongsi oleh Aimi Nasruddin menerusi akaun Instagram miliknya. Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia sedang berehat sebelum tiba-tiba mengalami serangan jantung.

Advertisement

lelaki bangkit dari koma selepas dengar suara siti

“Saya duduk dekat sebuah bangku dan menyuruh rakan rakan lagi jalan dulu sebab saya nak rehat. Saya duduk di situ dan collapsed,” kongsi Aimi.

Aimi kemudiannya dikejarkan ke Hospital St Vincent dan dimasukkan ke unit rawatan rapi dalam keadaan koma selama lima hari.

Namun dengan izin Allah, sesuatu yang tak dijangka berlaku  sebaik sahaja dia mendengar pesanan suara daripada penyanyi kesayangannya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aimi akhirnya memberikan respon pertama selepas koma.

lelaki komaSumber : Axello Tacts  

Kira kira 20 hari lalu, atas usaha ayah mencari kawan kawan saya yang boleh mendapatkan voice note Siti Nurhaliza, dengan harapan agar saya memberikan respon yang positif.

Sebab pada masa ini saya memang tidak sedarkan diri langsung. Itu ada pergerakan pada tangan kanan adalah respon positif, dan ayah saya sangat kagum dengan Siti Nurhaliza.

Sebab hanya dalam masa sejam sahaja ayah berjaya mendapatkan Siti Nurhaliza daripada kawan kawan saya.

Kini, Aimi bersyukur kerana telah pulih sepenuhnya dan sudah kembali bekerja serta menjalani rutin harian seperti biasa, termasuk memandu semula.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah satu keajaiban yang menjadi bukti kasih sayang Tuhan, selain berkat doa dan sokongan daripada keluarga serta sahabat rapat ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cef anis nabila bersara seketika solidariti gaza
2025-07-31 10:10:51

"Ramai Yang Dah Lupa.." - Chef Anis Nabilah Henti Kongsi 'Food Content' ,Tanda Solidariti Buat Rakyat Palestin Kebuluran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...