“Dah Macam Ulat Beluncas!” – Aliff Syukri Dah Siap Lagu Raya 2023, Kali Ini Tema Baju Melayu ‘Swimming Suit’

Hiburan

“Dah Macam Ulat Beluncas!” – Aliff Syukri Dah Siap Lagu Raya 2023, Kali Ini Tema Baju Melayu ‘Swimming Suit’

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak ketinggalan untuk muncul dengan lagu raya terbaru sempena Aidilfitri yang akan disambut umat Islam tidak lama sahaja lagi.

Setiap tahun tidak terlepas untuk muncul dengan lagu terbaru, kali ini usahawan itu tampil dengan karya terbaru berjudul Cak Kun Cak Raya pula.

Advertisement

Meskipun dikritik tidak mempunyai suara yang sedap, namun Aliff Syukri tidak menghiraukan kecaman netizen dan terus maju ke depan bagi menghasilkan buah tangan terbaru berbekalkan keyakinannya sebagai artis nombor satu di Malaysia.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah gaya baju yang ditonjolkan dalam video muzik lagu raya tersebut.

Kata netizen, baju Melayu yang dipakai para penari dan Aliff Syukri sendiri seolah-olah telah menjatuhkan martabat busana tradisional Melayu sejak zaman berzaman.

Manakan tidak, kali ini usahawan itu membawa konsep ‘sendat dan melekat’ seperti memakai baju renang, seperti yang didakwa netizen di media sosial.

Berikutan itu, ruangan media sosial usahawan itu dipenuhi kata-kata cacian daripada warga maya yang mungkin ‘geli geleman’ melihatkan fesyen Datuk Aliff Syukri dan ‘backup dancer’ yang turut menari seperti ulat beluncas.

Malah, ada yang menasihatkan agar Aliff Syukri untuk tidak lagi mencipta kontroversi terbaru selain lebih beramal ibadat bagi  menghormati bulan Ramadan yang mulia ini.

TS Musa Hassan Elly
2 years ago

"Bukan Saya Yang Sebarkan" - Isteri Tan Sri Musa Hassan Nafi 'Viralkan' Video Pergaduhan, Sesal Muka Anak Jelas Terpampang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...