Hubungan antara anak sulung Bella Astillah iaitu Ayden Adrean dan Syed Saddiq dilihat begitu akrab malah kanak-kanak itu juga sebelum ini pernah berkata dia menjadikan Ahli Parlimen Muar tersebut sebagai idolanya.
Tidak hairanlah mengapa dia berkata begitu kerana Syed Saddiq sering ada dan memberikan sokongan terhadap Ayden di setiap acara yang disertainya, meskipun Bella tidak dapat menghadirkan diri.
Semalam, aktres dari Sabah itu telah berkongsi video memaparkan Ayden ketika menyertai Forest City Triathlon dan berjaya mendapat tempat ketiga meskipun baru berusia 8 tahun.
Hantaran itu meraih perhatian ramai disebabkan Syed Saddiq menjadi penjaga yang hadir untuk menemani dan memberi sokongan padu kepada Ayden sepanjang acara berlansung.
Boleh didengari latar belakang suara di belakang kamera itu jeritan Syed Saddiq memberikan semangat buat Ayden dari mula sehinggalah ke penamat.
View this post on Instagram
Bukan setakat bangga tetapi juga ramai yang terharu menonton klip tersebut dan akui sebak melihat kejayaan Ayden yang mendapat sokongan Syed Saddiq.
Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Ayden di atas kejayaan yang diperoleh dan turut memuji Bella serta Syed Saddiq yang hadir dalam setiap acara penting disertai Ayden.
Video itu turut mendapat komen daripada rakan-rakan artis termasuklah Alif Satar dan SyedSaddiq juga ada meninggalkan komen memuji kehebatan Bella sebagai wanita luar biasa.
Takkan ada iron kid tanpa seorang iron lady yang hebat macam kamu. Teruskan beri inspirasi untuk dia (Ayden) jadi versi terbaik dirinya.