“Dah Macam PMX, Kena Kutuk Pun Tenang..” – Peminat Puji Fattah Amin Bijak Redakan Keadaan

Hiburan

“Dah Macam PMX, Kena Kutuk Pun Tenang..” – Peminat Puji Fattah Amin Bijak Redakan Keadaan

Pelakon popular, Fattah Amin, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video momen manis bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.

Dalam hantaran terbaru di Instagram, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin memuat naik video yang memaparkan Fatima sedang melakukan panggilan video dengan neneknya, Azizah. Mereka dilihat berbincang rancangan untuk bercuti bersama ke pusat peranginan Disneyland.

Advertisement

[VIDEO] ‘Fatima Okay Saja Dengan Nenda, Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland’ – Fattah Amin

“Dah jangan gaduh-gaduh ye.. Fatima ok je ni dengan Nenda semua tengah bincang nak pergi Disneyland,” tulis Fattah ringkas dalam kapsyennya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji sikap tenang Fattah dalam menghadapi kontroversi yang melibatkan dirinya. Malah, ada yang memuji cara Fattah mengawal situasi tanpa mengeruhkan keadaan.

“Rasa fattah ni mcm PMX je.. Org lain buat dia settlekan, kena kutuk maki dia cool je.. Keep being like this bro.. Ingat Allah selalu bersama org yg sabar.”

“Alhamdulillah.. semoga semuanya dipermudahkan.. kita berprasangka baik.. InsyAllah akan dpt yg baik2..”

“Love cara Fattah Amin manage keadaan,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, tular video memaparkan Fatima meluahkan kepada ibunya, Fazura bahawa nendanya dikatakan pernah berkata dirinya tidak comel dan tidak pandai.

fattah amin fatima

Namun, Fazura menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak mungkin ibu mentua Fattah mengeluarkan kata-kata sebegitu.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 tetapi bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-12 10:26:17

Netizen Dedah Individu Sakan Kutuk Fazura Rupanya Adik Ipar Raihan Amin - "Lebih Sudu Dari Kuah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...