Baru-baru ini, seorang penyanyi muda Aiman Tino telah tampil mengakui bahawa dirinya masih belum mendapat tunggakan bayaran kerja dari pihak penganjur sejak empat tahun lepas.
Katanya, dia berasa kecewa apabila pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab itu tidak memberi kerjasama apabila dihubungi berkenaan bayar tersebut. Kata Aiman, baki bayaran yang mencecah RM10K itu masih tertunggak.
Saya dah macam pengemis pula asyik kutip hutang dari seorang hamba Allah pasangan suami isteri yang beri job pada saya di Sabah empat tahun lalu.
Kerja semua dah buat tapi bayaran belum selesai dan berbaki puluhan ribu macam tu.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini turut berkata pihak tersebut tidak menjawab apabila dirinya menghubungi namun semasa isterinya pula mencuba, mereka memberi alasan sedang sibuk dan kemudian hilang begitu saja.
Tambahnya, bayaran hasil titik peluh tour nya dia Sabah itu akan terus diminta olehnya kerana risau kelak akan dituntut di akhirat, ujar Aiman.
Selain itu. kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.