Semalam, peminat Dolla digemparkan dengan satu khabar berita mengejut mengenai salah seorang ahli iaitu Sabronzo telah pun mendirikan rumah tangga bersama DJ dari Belanda, Dash Berlin di Bali.
Berita tersebut mula menjadi bualan selepas tularnya foto-foto sekitar majlis perkahwinan pasangan tersebut di platform media sosial.
Susulan foto-foto majlis perkahwinan telah tular, warganet mula mempertikaikan cara majlis perkahwinan Sabronzo berlangsung susulan ia kelihatan seperti perkahwinan orang Barat.
Walaupun ada sesetengah peminat mempertahankan penyanyi tersebut dengan menyatakan barangkali ia hanyalah majlis resepsi, tetapi ramai yang menentang dengan menyatakan ia tetap salah disisi Islam kerana menyerupai agama lain.