Dah Macam Naik Roller Coaster, Ini Antara Iklan Raya 2025 Yang Akan Buat Emosi Anda Bercelaru!

Trending

Dah Macam Naik Roller Coaster, Ini Antara Iklan Raya 2025 Yang Akan Buat Emosi Anda Bercelaru!

Apakah itu Syawal tanpa iklan-iklan raya betul tak? Untuk tahun ini, kami dah tengok banyak iklan raya dan bagi kami, semuanya best-best.

Paling penting, emosi bila tengok iklan raya tu macam naik roller coaster tau. Ada sedih, ada gembira, ada menusuk sukma, semua ada lah! Kalau nak tahu apakah antara iklan raya pilihan kami untuk tahun 2025, jom kami kongsikan!

Advertisement

Watsons – Raya Terunggul

Macam biasa, Watsons tak pernah mengecewakan bab-bab iklan raya ni. Jadi, tahun ini, Watsons menggabungkan barisan pelakon hebat dan OG seperti Kartina Aziz, Dato’ Yusof Haslam, Shahiezy Sam, Maya Karin, Ropie, Hisham Hamid, Mia Sarah Shauki, dan Ayda Jebat.

Pergh, tengoklah sendiri iklan raya Watsons: Raya Terunggul ni, memang confirm geli hati! Tapi, kenapa diaorang berebut nak menang hati Rokiah? Siapa jadi pilihan Rokiah nanti? Kalau nak tahu, kenalah tonton!

Julie’s Biscuit – Selamat Lari Raya

Haa, iklan raya yang ini anda kena sediakan tisu sekotak siap-siap, sebab apa? Iklan raya Julie’s Biscuit: Selamat Lari Raya ni syahdu dia tahap mencucuk-cucuk babe, lagi-lagi kalau anda rapat dengan Atuk dan Nenek!

Ceritanya macam ni, si Atuk ni cuba macam-macam cara untuk kena tangkap sebab nak jumpa cucunya, Johan yang dah lama tak balas suratnya di penjara.

Tapi, kenapa kena sampai tahap itu untuk jumpa Johan? Apa sebab Johan masuk penjara dan kenapa Nenek selalu ada dengan Johan? Nak tahu, tengok iklan raya ini sampai habis okay!

CARSOME – Raya Panik Dramatik

Biasalah, di saat semua orang tengah kelam kabut buat persiapan raya, ada seorang saja insan yang tenang. Siapa lagi kalau bukan Ayah betul tak?

Tapi, bila ada saja masalah, Ayah lah orang pertama yang akan tolong selesaikan. Dari dapur gas habis, baju raya terbakar, sampailah lampu raya tak menyala, Ayah juga yang tolong.

Hmm, macam mana ayah boleh buat selesaikan semua masalah itu sekali gus? Jawapannya, TONTON iklan raya CARSOME – Raya Panik Dramatik ni sampai habis!

KFC – Raya Meowriah

Siapa yang ada kucing tu, mesti boleh relate punyalah dengan iklan raya KFC: Raya Meowriah ni, lagi-lagi part tengok dari tepi meja tu!

Tapi, bila tengok kucing dalam iklan raya ni, rasa macam nak pakaian kucing sendiri dengan baju Melayu atau baju Kebaya sebab nampak comel sangat!

Air Selangor – Di Sebalik Syukur

Setiap kali balik kampung, mesti ada soalan-soalan panas yang akan dilontarkan kepada kita betul tak? Haa, jangan salah faham, kadang-kadang mereka hanyalah bimbang, atau sekadar ingin berborak kosong dengan kita je tau.

Macam iklan raya Air Selangor: Di Sebalik Syukur ni, niat ibu Anum bertanya tentang zuriat adalah sebab bimbang. Namun, ada kejutan yang Anum dan Alyas sampaikan kepada ibunya. Kalau nak tahu, jom sama-sama kita tengok.

OPPO – #MakeYourMoment

Dalam pada kita bergembira, jangan lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. Sebab itu, OPPO hadir dengan kempen #MakeYourMoment, memberi inspirasi dan galakkan kepada rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

vivo – Raya So Pro

Tipu lah kalau anda kata anda tak pernah tengok album lama setiap kali pulang ke kampung halaman. Bila tengok balik gambar-gambar dalam album tu, mesti terimbau semula kenangan lama kan?

Macam dalam iklan raya vivo: Raya So Pro ni, Anna sentiasa teringat kenangan lama bersama Atuk di studio gambar setiap kali pulang ke kampung. Adakah Anna akan meneruskan legasi Atuknya? Kalau nak tahu, tonton sampai habis.

Fujifilm – Tersergam Indah Di Jiwa

Bila terpisah dengan ahli keluarga atas faktor belajar dan kerjaya ni, mesti kita akan terasa asing di tempat baru.

Tapi, lama kelamaan, kita pasti akan serasi juga dengan tempat tersebut, disebabkan bagaimana orang di sekeliling kita pada waktu itu melayan kita. Macam kisah Fara ni, mesti ramai boleh relate!

Hong Leong Bank – Senyum-Senyum Raya (ft. Alif Satar & The Locos)

Iklan raya Hong Leong Bank tahun ni memang on point! Kami yakin kalau anda tonton sampai habis, mesti anda akan terimbau semula segala kenangan manis bersama saudara mara apabila pulang ke kampung halaman!

Tapi, ada satu babak lucu dalam ni yang mesti anda boleh relate sebab selalu jadi tiap kali Raya tau! Nak tahu, tengok iklan raya Hong Leong Bank: Senyum-Senyum Raya (ft. Alif Satar & The Locos) sampai habis.

Grab – Kebaikan Dalam Setiap Pesanan

Tisu tadi ada lagi tak? Atau dah licin? Kalau dah habis, cepat topup sekarang sebab iklan raya Grab: Kebaikan Dalam Setiap Pesanan ni confirm buat air mata menitis!

Lebih menyentuh hati, iklan ini diarahkan sendiri oleh Grab driver dan rider sebenar, menceritakan kisah mereka yang penuh suka duka dalam mencari rezeki.

Jom tonton dan hayati setiap detik bermakna dalam iklan ini.

Tak dinafikan, di saat genting, di saat memerlukan, merekalah wira kita tanpa kita sedar. Setiap pesanan yang kita lakukan, itulah rezeki untuk mereka tau. Jadi, jangan lupa untuk sebarkan kebaikan bersama Grab.

Indah Water Konsortium – Bunyi Sahur

Diambil dari kisah benar, iklan raya Indah Water Konsortium: Bunyi Sahur ini pastinya akan menyentuh hati setiap orang yang melihatnya!

Adakah Sham berjaya memulihkan semangat bapanya, Salleh? Kenapa Sham buat ketuk kuali tu? Kalau nak tahu, tonton iklan ini sampai habis okay?

Kiehl’s – Cahaya Raya

Fulamak, dah macam drama dah iklan raya Kiehl’s: Cahaya Raya ni, siap ada plot twist lagi! Tu belum cerita lagi babak jejak kasih Aiman dengan Raya.

Tapi, sedih juga lah ek, Aiman dengan Raya dua-dua kena minta putus daripada pasangan masing-masing, hanya kerana tiada secebis kepercayaan terhadap minat mereka berdua dalam dunia perniagaan.

Haier – Rasa Raya Haier

Ayy, dalam banyak-banyak lagu raya tahun ni, lagu raya Rasa Raya Haier ni paling catchy, siap ada koreografi lagi tau!

Bagi kami, video raya daripada Haier ni pun boleh tahan kelakar juga, lagi-lagi part Atuk hilang tu!

Maxis – Saat Bermakna

Haa, siapa yang pernah kena tinggal dekat R&R macam Acu ni waktu nak balik kampung, mesti anda faham betapa sunyi dan risaunya kita pada waktu itu.

Tapi, nasib baik boleh masih boleh telefon dan buat panggilan video, hilang sikit rasa sunyi tu, dengan syarat kena ada rangkaian yang bagus! Kalau nak tahu apa yang terjadi pada Acu, adakah Acu beraya di R&R, tonton iklan raya Maxis: Saat Bermakna sampai habis.

U Mobile – Suaraku

Bawa kisah kelainan upaya, iklan raya U Mobile: Suaraku mengisahkan tentang Lina yang merupakan seorang kelainan upaya pendengaran berusaha untuk memastikan bapanya tidak putus harapan dengan dirinya.

Tak dinafikan, masa babak Lina terbaca bibit bicara bapanya yang sedang bertengkar bersama ibunya itu serius sedih! Kalau nak tahu, anda memang kena tonton iklan ini sampai habis.

CelcomDigi – Syukur

Dalam banyak-banyak perkara, apakah antara perkara yang anda paling bersyukur setakat ini? Kalau tanya kami, mestilah adanya keluarga!

Menerusi iklan raya CelcomDigi: Syukur ini, kami yakin ia akan membuatkan anda semua bermuhasabah diri, memikirkan semula antara perkara yang sepatutnya kita bersyukur. Tonton sampai habis untuk lihat respon orang awam tentang Syukur.

Paramount – Bahagia Raya, Eratan Mesra

Jangan sesekali kita melupakan warisan turun temurun tau, lagi-lagi warisan keluarga kita. Bukan apa, dengan warisan ini lah, ia membentuk setiap generasi mendatang dan supaya kita sentiasa ingat tentang asal usul kita.

Sunway – Raya Bake-Off!

Haa, tipu kalau anda tak kenal pempengaruh popular TikTok, Ain Ramli dan Hungry Sam ini. Untuk video raya Sunway: Raya Bake-Off, anda pasti tak akan kering gusi melihat gelagat mereka berdua dalam menghasilkan kuih raya bersama Chef Afiq, Eksekutif Sous Chef Sunway Resort Hotel.

MR.DIY – Raya Penuh Makna

Biasalah, pada bulan Ramadan ni, kita bukan saja nak tambah ibadah dan amal kebaikan, tapi kita juga nak capai tubuh badan yang sihat dan ideal betul tak? Tapi, jangan jadi macam si Diyanna ni tau.

Sampai semua makanan dia tolak semata-mata untuk dapatkan tubuh badan yang diimpikan. Kalau anda nak tahu adakah Diyanna ni dapat capai ke tidak badan diidamannya, jom tonton iklan raya MR.DIY: Raya Penuh Makna.

Kawan Food – Rasa Sayang kaWan Raya

Hari Raya ni kan sepatutnya dirai dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Kenapa nak kena stres-stres fikir tentang juadah untuk dihidangkan kepada tetamu?

Jadilah macam Mak Mina dalam iklan raya Kawan Food: Rasa Sayang kaWan Raya ni, tak stres pun fikir nak hidang apa kepada tetamu sebab dah semuanya dah siap pek, tinggal panaskan dan sedia untuk dihidang. Mudahkan?

Jadi, dah banyak iklan raya yang kami kongsikan ni, ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang boleh menari lagi! Mana satu iklan raya pilihan anda, cuba bagitahu kami di ruangan komen.

Alang-alang tu, kami daripada Beautifulnara ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...