“Dah Macam Buru John Wick!”- Netizen Luah Rasa Hairan JAIS Kerah 122 Anggota Untuk Cari Sajat

Hiburan

“Dah Macam Buru John Wick!”- Netizen Luah Rasa Hairan JAIS Kerah 122 Anggota Untuk Cari Sajat

Sekali lagi menjadi tumpuan, usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat kini dilaporkan menjadi buruan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah dikenakan waran tangkap beberapa hari yang lalu.

SajatSumber : Google  

Terdahulu, pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan selepas Sajat gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya.

Advertisement

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad turut mengesahkan penerimaan waran tangkap terbabit daripada mahkamah, semalam.

SajatSumber : Google  

Menurut laporan berita daripada Malaysia Gazette, difahamkan juga seramai 122 anggota dikerahkan untuk menangkap dan mencari personaliti yang penuh kontroversi itu.

Sehubungan dengan itu, ramai pula individu yang tampil mempersoalkan mengenai keperluan untuk menangkap Sajat dengan anggota sebanyak itu. Rata-rata netizen memberi pendapat bahawa tidak perlu kerahan tenaga sebanyak itu hanya semata-mata untuk menahan Sajat.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan pencarian dengan 122 anggota penguatkuasa itu saling tak tumpah seperti lakonan Keanu Reeves dalam filem John Wick.

Komen TwitterSumber : Twitter  

Namun, ada juga yang tampil mempertahankan tindakan JAIS dan meminta masyarakat di luar sana agar menyerahkan selok-belok tugas tersebut kepada pihak berkuasa.

Mengimbas kembali awal Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii. Namun, kegagalan usahawan kosmetik itu untuk hadir dalam hari sebutan semula pertuduhan dakwaan dia berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor telah menyebabkan dia dikenakan waran tangkap untuk penahanan serta-merta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...