Belum reda lagi nampaknya sambutan kemenangan jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia yang berjaya memperoleh pingat gangsa dalam Olimpik Paris 2024, semalam.
Usai sahaja perlawanan, rakaman Lee Zii Jia datang dan memeluk wartawan sukan, Ahmed Shahrazad Sani ternyata telah mengundang sebak netizen.
Difahamkan, Ahmed Shahrazad Sani atau lebih mesra disapa sebagai Bangmed sentiasa memberi sokongan buat pemain badminton itu meskipun pernah menghadapi detik sukar sebelum ini.
Lee Zii Jia kelihatan memeluk erat Bangmed dan kemudian kedua-duanya dirakam menangis kegembiraan.
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik akaun Astro Arena itu, ramai netizen meluahkan rasa sebak melihat keakraban kedua figura itu.
Those media yg sllu merendah2kan Jia, those officials yg denied Jia’s team utk ikut ke Paris (end up pakai duit depa sendiri utk follow Jia’s) tp senang lenang bawak family jalan2 paris and some so called Malaysian really doesn’t deserved him. YOU are part of the reason why… pic.twitter.com/D8LISSW1lp
— ⟭⟬⁷ (@feeragreen) August 5, 2024
Jelas netizen, Bangmed sentiasa memberikan kata-kata semangat terhadap pemain badminton negara tanpa menjatuhkan semangat mereka setiap kali menang mahupun kalah.
Sebak, tengok keakraban LZJ dengan Bangmed memang menangis.
Memang terbaik Bangmed. The only media member yang I doa selalu ada dengan player kita sampai bila-bila. The way Jia hug him. Mesti ada sesuatu istimewa.
Terdahulu, Lee Ji Zia telah berjaya merangkul pingat gangsa dalam arena sukan beprestij itu setelah dia menewaskan pemain badminton dari India dengan kemenangan mudah dalam set penentuan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yan glain pada pautan di bawah.