Dah Maafkan Erra Tetapi Tidak Mampu Berkawan Semula – Umie Aida

Hiburan

Dah Maafkan Erra Tetapi Tidak Mampu Berkawan Semula – Umie Aida

Baru-baru ini dunia hiburan kecoh dengan kontroversi melibatkan dua sahabat karib iaitu Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira selepas Umie dalam satu kenyataan mendedahkan dirinya dikhianati sahabat baik sendiri.

Advertisement

Pendedahan Umie itu mengejutkan ramai pihak dan Erra pula selepas itu tampil mengakui beliau sudah beberapa kali mengulangi kesilapan yang sama sehingga melukakan hati rakan baiknya itu.

Bagaimanapun, kemelut itu tidak berlarutan apabila kedua-dua mereka sudah bersemuka untuk menyelesaikan masalah mereka dan Erra juga sudah memohon maaf atas apa yang berlaku.

Dikala ramai yang berharap agar hubungan mereka kembali pulih, Umie sebaliknya memberitahu mereka mungkin tidak boleh berkawan lagi.

Saya sudah memaafkan tapi tak mampu berkawan semula… Maaf.

Terdahulu, kontroversi perbalahan mereka sampai ke kemuncak apabila Erra membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Umie. Ketika permohonan maaf itu dibuat, mereka difahamkan bertemu di kediaman Umie. Video pertemuan mereka itu juga turut  dikongsi oleh Umie melalui Instagram Story.

Difahamkan, perjumpaan itu sebagai tanda mereka mahu meleraikan kekusutan serta enggan lagi memanjangkan cerita.

Dalam apa sahaja hubungan pastinya akan ada dugaan yang menguji kesetiaan masing-masing. Tidak dinafikan, luka apabila dikhianati seseorang yang rapat dengan kita memang sukar untuk hilang. Apa-apa pun, doakan yang terbaik sahaja buat Umie dan Erra.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

31 Comments

  1. jakun semelai..hihiii

    June 20, 2019 at 10:05 am

    gitu laa adat berkawan….tk lama lagi setel ler tuu…

  2. Anonymous

    June 20, 2019 at 9:46 am

    aku dah 14 tahun kawan pun boleh putus sebab dah tak sefahaman. tak susah putus kawan, buang nombor, unfollow each other kalau tahap taknak member tu tahu dah pasal hidup kau.

    and masing masing teruskan hidup masing masing. senang kan? none of us pernah post dekat socmed yang kitorang bergaduh

  3. Iman azmi

    June 19, 2019 at 10:05 pm

    Erra better than Umi. Full stop

  4. Sabri Ali @ Nick

    June 19, 2019 at 7:26 pm

    ERRA FAZIRA IS BETTER THAN UMIE AIDA!!

  5. Syahida

    June 19, 2019 at 6:03 pm

    Sama2 kita doakan semoga hubungan antara umi aida dgn erra fazira kembali seperti dulu..amin..

Loading...