Written by Bella | June 19th, 2019

Baru-baru ini dunia hiburan kecoh dengan kontroversi melibatkan dua sahabat karib iaitu Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira selepas Umie dalam satu kenyataan mendedahkan dirinya dikhianati sahabat baik sendiri.

Pendedahan Umie itu mengejutkan ramai pihak dan Erra pula selepas itu tampil mengakui beliau sudah beberapa kali mengulangi kesilapan yang sama sehingga melukakan hati rakan baiknya itu.

Bagaimanapun, kemelut itu tidak berlarutan apabila kedua-dua mereka sudah bersemuka untuk menyelesaikan masalah mereka dan Erra juga sudah memohon maaf atas apa yang berlaku.

Dikala ramai yang berharap agar hubungan mereka kembali pulih, Umie sebaliknya memberitahu mereka mungkin tidak boleh berkawan lagi.

Saya sudah memaafkan tapi tak mampu berkawan semula… Maaf.

Terdahulu, kontroversi perbalahan mereka sampai ke kemuncak apabila Erra membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Umie. Ketika permohonan maaf itu dibuat, mereka difahamkan bertemu di kediaman Umie. Video pertemuan mereka itu juga turut  dikongsi oleh Umie melalui Instagram Story.

Difahamkan, perjumpaan itu sebagai tanda mereka mahu meleraikan kekusutan serta enggan lagi memanjangkan cerita.

Dalam apa sahaja hubungan pastinya akan ada dugaan yang menguji kesetiaan masing-masing. Tidak dinafikan, luka apabila dikhianati seseorang yang rapat dengan kita memang sukar untuk hilang. Apa-apa pun, doakan yang terbaik sahaja buat Umie dan Erra.

Sumber Berita : BH ONLINE

31 responses to Dah Maafkan Erra Tetapi Tidak Mampu Berkawan Semula – Umie Aida

  1. Peah says:

    Itu yang sebaiknya

    16

    0
  2. Anonymous says:

    amende laa gaduh pung pang2 siap berkroni2 berduyun2 pakat komen maki hamun aibkan erra pastu in the end taknak baik semula, motipp sangat cuma nak perhatian socmed je ke ape? korang bff kot dlu tak bley ke datang umah settle baik2 n kalau xnak kawan balik pon diam2 sudah bawak diri masing2. umie pon nak gain perhatian n cuma nak cakap salah erra n die x bersalah je pastu erra plak beriye2 minta maaf berkali2 n act like nothing happened. bullshit weh

    20

    5
  3. Anonymous says:

    video org tu dtg minta maaf pon nak upload kat socmed, gaduh pon nak upload kt socmed, tu hidden kamera ke ape? poyo giler semata nak create cerita. so takde class lah bergaduh kat socmed ni, kekurangan kasih syg sgt ke UA ni

    50

    0
  4. Noona says:

    Sama. Serik saya. Bila berkawan, selalu sangat ambil kesempatan. Tolong dulu kan duit sbb lupa bawa wallet lah. Hari lain pula, aku ada event, ko tolong lah sket. Donate. Bila bagi, eh banyak ni je? Ke ikut ikhlas kita, kan…, so saya serik. Ade hutang x ingat nk bayar. Pastu play victim. Konon aku yg susah kan dia. So yup. Better xde kawan yg macam ni lah. Maklum dia pun dikenali juga. Bukanlah celebrity, but mmg dia dikenali.

    19

    0
  5. ape la ko ni says:

    mmg si umi nk buat erra knon2 ni lah akibatnye ats sikap kau erra. umi.. ples la.ko pn ade je slh dan silap yg ko buat kt erra tp erra diam n memaafkan. ade tak ko ttibe tpkir smua tu?

    12

    3
  6. Ros says:

    For girls,

    Break up with girlfriends hurt much much much more than breakup with a man.

    Sincerely,
    Yang biasa break up.

    27

    0
  7. Anonymous says:

    laki bini prangai sama.attention seeker.

    8

    3
  8. Anonymous says:

    padan mu…mesti djauhi ni..kawan macam ani…dah 3 kli…mun 4..bgi sja tangan 5 tu..ahahahah

    8

    0
    • Anonymous says:

      kan… yg backup erra ni jenis tikam belakang kawan lah tuh.. bising2 kang kene kt batang hidung baru tau…
      ummi still bagus… masih rahsiakan aib erra.. smpi skrg xde org tau detail kesalahan erra kt ummi

      16

      1
  9. kuli kl says:

    even kalau erra salah sekalipun aku tpp respect dia sbb xpnh bukak cerita apa2 dkt socmed. dia tak perlu buat kenyataan apa2 utk tarik perhatian. she’s the real queen for me.

    31

    1
  10. Anonymous says:

    Ok btl lah kot ERRA yang salah tp dr segi cara nmpk sgt UA ni yg prob. Relaks sudah. Ko nak kawan ko x nak kawan haddo org kesah. Mmg sejenis buat apa nk update org. Bajet gud2. Allahuakhbar umur tuo dah kak oit. Erra ni rasanya mmg ada problem attitude. Tp sbb dia x canang sana sini so org pun x de lah nak nmpk sgt salahnya dia.

    10

    3
  11. Anonymous says:

    erra buat salah apa ye? nak tau jugak

    5

    0
  12. Anonymous says:

    selama ni ummi ni pun jenis reserve… diam jer… 1st time dia bukak cerita… dah laa kali ke3 sure erra buat big mistakes smpi ummi takleh pendam… kita ni xyah laa nak bising2 ummi itu ini.. korang bercakap sbb tak kene kt batang hidung sendiri.. still aku respect ummi sbb masih tak cerita detail salah erra…
    #teamummi
    #taknakkawandenganjenistikambelakang

    29

    2
  13. faraj says:

    tebaik Erra ..sonyap jerr…yg sorang tu jer meroyan..sebiji gang2 PAS melalak jer tapi kosong…..!!!

    2

    9
  14. Duit duit duit says:

    Ni cnfm erra pecahkan lobang pasal laki dia songlap duit 1mdb.. takpe erra tak dpt kwn yg busuk mcm ni pon tkpe..

    3

    6
  15. Anonymous says:

    Inilah tujuan dia sebenarnya..nak bg EF muncul biar 1 Malaysia tau & buat spekulasi sendiri kesalahan EF. Lepas tu record senyap2 video diorg bermaafan nk bg org puji dia seorang yg pemaaf. Lepas tu boleh ckp dh maafkan tp tak nak kawan dah..so the conclusion memang dia sengaja nk mengaibkan EF. Boleh jer..settle sendiri tanpa post di social media. Attention seeker betul lah dia ni.

    11

    1
  16. aku says:

    bapak aku slalu nasihatkn klu berkwn jgn baik sgt…

    14

    0
  17. anon lah says:

    sokong UA
    x suka geng2 BALING BATU SEMBUNYI TANGAN… acah2 VICTIM..

    7

    0
  18. Anonymous says:

    Love erra more than umie.

    5

    1
  19. damai says:

    dah scommed kan part memaaf memaafkn tapi x blh terima as kawan. kan baik part maaf memaafkan x perlu scommed kan jk mmg x blh terima as kawan balik. buat senyap2 so org x perlu bual pasal ini lagi

    2

    0
  20. Kkkk says:

    Kawan enjoy berjuta kawan susah sorang pun belum tentu ada..

    1

    0
  21. Syahida says:

    Sama2 kita doakan semoga hubungan antara umi aida dgn erra fazira kembali seperti dulu..amin..

    0

    2
  22. ERRA FAZIRA IS BETTER THAN UMIE AIDA!!

    6

    2
  23. Iman azmi says:

    Erra better than Umi. Full stop

    5

    2
  24. Anonymous says:

    aku dah 14 tahun kawan pun boleh putus sebab dah tak sefahaman. tak susah putus kawan, buang nombor, unfollow each other kalau tahap taknak member tu tahu dah pasal hidup kau.

    and masing masing teruskan hidup masing masing. senang kan? none of us pernah post dekat socmed yang kitorang bergaduh

    3

    0
  25. jakun semelai..hihiii says:

    gitu laa adat berkawan….tk lama lagi setel ler tuu…

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Populariti semakin merundum.. Tu cari topik hangat bg nama di sebut.. Propa.

    0

    0

Leave a Comment

Optional