Baru-baru ini dunia hiburan kecoh dengan kontroversi melibatkan dua sahabat karib iaitu Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira selepas Umie dalam satu kenyataan mendedahkan dirinya dikhianati sahabat baik sendiri.
Pendedahan Umie itu mengejutkan ramai pihak dan Erra pula selepas itu tampil mengakui beliau sudah beberapa kali mengulangi kesilapan yang sama sehingga melukakan hati rakan baiknya itu.
Bagaimanapun, kemelut itu tidak berlarutan apabila kedua-dua mereka sudah bersemuka untuk menyelesaikan masalah mereka dan Erra juga sudah memohon maaf atas apa yang berlaku.
Dikala ramai yang berharap agar hubungan mereka kembali pulih, Umie sebaliknya memberitahu mereka mungkin tidak boleh berkawan lagi.
Saya sudah memaafkan tapi tak mampu berkawan semula… Maaf.
Difahamkan, perjumpaan itu sebagai tanda mereka mahu meleraikan kekusutan serta enggan lagi memanjangkan cerita.
Dalam apa sahaja hubungan pastinya akan ada dugaan yang menguji kesetiaan masing-masing. Tidak dinafikan, luka apabila dikhianati seseorang yang rapat dengan kita memang sukar untuk hilang. Apa-apa pun, doakan yang terbaik sahaja buat Umie dan Erra.