Dah Lima Tahun Kahwin, Marsha Milan Dedah Sebab Suaminya Jarang Kongsi Foto Di Instagram

Hiburan

Dah Lima Tahun Kahwin, Marsha Milan Dedah Sebab Suaminya Jarang Kongsi Foto Di Instagram

Sudah hampir lima tahun mendirikan rumah tangga bersama-sama, penyanyi dan juga pelakon Marsha Milan Londoh mendedahkan sebab mengapa suaminya, Mohamed Shaiful Nizam jarang bergambar dengannya di media sosial miliknya.

Menurut Marsha, suaminya itu seorang yang sangat pemalu dan tidak romantik. Oleh disebabkan itu, maka terlalu jarang untuk melihat kedua pasangan ini bersama di Instagram.

Advertisement

Tambah Marsha lagi, Shaiful sering memadam gambar yang ditangkap sekiranya dia sedang leka berbuat sesuatu. Meskipun berbeza langit dan bumi dengan perangainya yang ‘gila-gila’, penyanyi lagu Bebaskan ini berkata dia tetap menyanyangi suaminya itu.

 

“Inilah perangai dia, demi sekeping gambar..Sepol (Shaiful) pemalu tu la susah nampak dia dalam Instagram saya. Kalau post pun..kalau dia rasa tak okay, kejap lagi dia padam la tu masa saya tengah leka! Lepas itu dia tak romantik, tengoklah duk tepis-tepis tangan. Tapi bini pula macam kucing..nak tak nak dia reda! Walaupun ada perbezaan tapi saya tetap menyayanginya lebih 3000 juta.”

 

Perkara itu didedahkan Marsha menerusi entri terbarunya di Instagram dan turut berkongsi saat ketika dia meraikan ulang tahun ke-lima perkahwinan mereka, baru-baru ini.

Meskipun tarikh sebenar ulang tahun perkahwinan mereka adalah pada 31 Disember nanti, Marsha berkata dia dan suami menyambutnya dengan lebih awal kerana pada tarikh tersebut dia bakal sibuk dengan penggambaran projek terbaru.

Sekadar info, Marsha mendirikan rumah tangga dengan Shaiful yang juga seorang usahawan pada 31 Disember 2015 yang lalu bertempat di Georgetown, Pulau Pinang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...