“Dah Lama Tak Suka Dia” – Bersikap Kurang Ajar, Ahli Ini Diminta Keluar ‘Running Man’

Hiburan

“Dah Lama Tak Suka Dia” – Bersikap Kurang Ajar, Ahli Ini Diminta Keluar ‘Running Man’

 

Ji Ye-eun menjadi perhatian selepas episod terbaharu rancangan “Running Man” mencetuskan kontroversi. Dalam episod itu, dia mengadakan majlis ‘housewarming’, namun tingkah lakunya mengundang kritikan daripada penonton.

Advertisement

Ketika ahli “Running Man” hadir membawa hadiah, Ji Ye-eun menyatakan hanya akan menerima hadiah yang disukainya sahaja. Ketika mereka memasak bersama, dia meletakkan perasa berlebihan hingga Yoo Jae-suk menegur makanan terlalu masin, tetapi Ji Ye-eun hanya membalas, “Saya memang suka masin,” tanpa cuba memperbaiki keadaan.

running man

Lebih mencetuskan perdebatan, dia menghidang makanan kepada tetamu menggunakan pinggan kertas dan penyepit pakai buang, manakala dirinya menggunakan peralatan mewah. Tindakan ini ditegur Ji Suk-jin kerana dianggap tidak menghormati tetamu, bertentangan dengan budaya Korea yang menitikberatkan layanan terbaik.

Selepas episod itu ditayangkan, ramai penonton mengkritik sikapnya dan ada yang meminta dia berundur dari rancangan. Namun, ada juga yang mempertahankan Ji Ye Eun dengan menyatakan kemungkinan imej itu adalah skrip rancangan.

song jihyo
2025-07-31 12:02:13

Jualan Rendah Tak Halang Song Jihyo Tunjuk Kesungguhan, Siap Ukur Bra Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Nate Pann

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...