Dah Lama Tak Muat Naik Perihal Kekasih Di IG, Ruhainies Tak Kisah Soal Paras Rupa

Hiburan

Dah Lama Tak Muat Naik Perihal Kekasih Di IG, Ruhainies Tak Kisah Soal Paras Rupa

Jika dahulu, pelakon Ruhainies agak kerap berkongsikan mengenai kekasih hatinya di Instagram namun sejak kebelakangan ini, tidak lagi.

Ruhainies
3 years ago

Suntik Vaksin Kosong Kepada Orang Ramai, Ruhainies Gesa Pelaku Ditangkap

Advertisement

Tambahan kakaknya, pelakon Risteena Munim kini sudah bergelar isteri orang, pastinya soalan mengenai jodoh dan perkahwinan tidak lepas daripada menjadi tumpuan aktres berbakat ini.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

Ujar Ruhainies, dia kini memilih untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi terutamanya perihal teman lelakinya itu di media sosial.

Sering berinteraksi bersama peminat di Instagram, Ruhainies baru-baru ini disoal seorang individu mengenai cita rasa pelakon itu dalam memilih pasangan hidup.

“Kakak suka lelaki Melayu macam Hindustan atau Korea?” tanya peminat tersebut menerusi segmen soal & jawab di Instagram barubaru ini.

View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

Kata pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu, dia tidak kisah dengan rupa paras seseorang kerana merasakan dirinya tidaklah seelok mana.

Namun apa yang penting, seseorang lelaki yang ingin menjadi pasangan hidupnya mestilah seorang yang bertanggungjawab dan boleh memimpinnya ke syurga kelak.

Terdahulu, Ruhainies sering memuat naik foto dia bersama teman lelakinya yang digelar ‘Mr.E’ dalam media sosial namun dilihat semakin jarang berbuat demikian berikutan kekasihnya itu kini menetap di London.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...