“Dah Lama Tak Jumpa..” – Acong Sweetchild Nafi Berada Di Majlis ‘Nikah’ Tauke

Hiburan

“Dah Lama Tak Jumpa..” – Acong Sweetchild Nafi Berada Di Majlis ‘Nikah’ Tauke

Biarpun kelibat beliau kelihatan di dalam video yang sedang tular di platfrom TikTok sekarang ini, penyanyi, pelakon serta pelawak Acong Sweetchild menafikan keberadaan beliau di dalam majlis yang dikatakan pernikahan Tauke dengan seorang wanita.

Menurut Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat, beliau sudah lama tidak berjumpa dengan Tauke dan tidak tahu mengenai majlis itu kerana terlalu sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.

Advertisement

Alamak! Saya tidak tahu kerana sudah lama tidak berjumpa dia (Tauke).

Acong Sweetchild dan isteriSumber : Instagram Acong 

Penanyi kumpulan itu diajukan soalan berkenaan dengan gosip pernikahan Tauke kerana kelibatnya berbaju Melayu hijau kelihatan di dalam masjid bersama pelawak itu.

Lebih menguatkan lagi telahan itu, apabila gelang yang sering kali dipakai oleh Acong turut berada di tangan lelaki berbaju hijau tersebut.

Terdahulu, beberapa gambar serta video pelawak Tauke memakai baju Melayu berwarna putih lengkap bersamping bersama seorang wanita berbaju kurung dan tudung putih seolah-olah telah selesai majlis pernikahan tular di media sosial.

tauke jambu menikah
2 years ago

Video Tular, Tauke Jambu Selamat Bernikah Lagi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...