Hantaran pelakon, Janna Nick, baru-baru ini menyentuh hati warganet apabila berkongsi detik-detik bersama keluarga sebelum berpindah ke luar negara buat sementara waktu.
Menerusi perkongsian di TikTok, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, menitipkan pesanan buat adik-beradiknya sepanjang ketiadaannya di Malaysia.
Ujarnya, hampir 13 tahun dia menjadi ketua keluarga dan bertanggungjawab memastikan keperluan adik-beradiknya lengkap:
Jaga mama, jaga rumah, adik-adik. Sedar tak sedar dah hampir 13 tahun saya jadi ketua keluarga. Dari adik sekolah rendah, sekarang dah nak habis belajar.
Tambahnya lagi, dia juga mengambil berat terhadap anak-anak saudara dan hanya mahu mereka membesar dalam persekitaran yang selamat dan mendapat pendidikan baik.
Tambah, jaga anak-anak saudara pula. Saya hanya mahukan mereka ada persekitaran yang selamat dan pembelajaran yang baik. Insya-Allah semua akan jadi anak yang baik. Satu yang saya tahu, mereka membesar dengan sangat cepat.
Mereka akan lupakan momen ini dan menjadi dewasa. Tapi saya bersyukur, Allah cukupkan rezeki bukan hanya untuk saya tapi untuk semua.
Janna juga berkongsi tentang perjalanan baru yang menanti dirinya, bagi mengejar cita-cita yang tertangguh:
Sekarang, Allah atur satu perjalanan baru untuk saya. Allah nak saya kejar cita-cita yang tertangguh dulu.
Selain itu, Janna mendoakan agar keluarganya sentiasa dilindungi Allah sementara dia mengejar impian di luar negara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat perkongsian Janna dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan, sambil menyatakan sokongan buat pelakon itu sepanjang tempoh berjauhan dengan keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.