Dah Lama Sabar! Iqbal Zulkefli Dedah Perangai Buruk Bekas Adik Ipar, ‘Founder’ Produk Terkenal – “Demi Allah Saya Ada Semua Bukti”

Kehidupan

Dah Lama Sabar! Iqbal Zulkefli Dedah Perangai Buruk Bekas Adik Ipar, ‘Founder’ Produk Terkenal – “Demi Allah Saya Ada Semua Bukti”

Apa kes pula dengan Iqbal Zulkefli ni? Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nak failkan saman terhadap bekas adik iparnya sendiri.

 

Advertisement

Selama ini bersabar, bakal fail saman

Memetik laporan mStar, Iqbal mendakwa adik iparnya yang juga merupakan seorang founder produk terkenal telah memburukkan namanya di media sosial menyebabkan dia hilang sabar.

Kata Iqbal, dia mendiamkan diri selama berbulan-bulan kerana mahu menjaga aib keluarga. Tetapi bekas adik iparnya itu dikatakan telah memetik namanya berkali-kali.

Demi Allah saya ada semua bukti dan boleh tunjuk pada satu Malaysia tapi sebab mahu menjaga aib, saya diamkan diri. Saya akan failkan saman kerana memburukkan nama saya dan keluarga di media sosial.

iqbal

 

Adik pun nak ambil tindakan undang-undang

Tak cukup dengan Iqbal, adiknya iaitu Ahmad Weldan juga mahu mengheret bekas isteri ke mahkamah di atas tuduhan menipu dan curang ketika masih bergelar suami isteri.

Iqbal turut mempersoalkan apakah hukum bertunang ketika dalam idah. Majlis nikah pula dibuat dua hari selepas tempoh idah selesai.

Dia pindah nama dan saham syarikat daripada Weldan dengan cara menipu. Bayangkan pandai dan liciknya dia malah menuduh adik saya curang padahal dia melakukan perkara serupa.

adik iqbal

 

Masuk kelab malam ketika idah

Di Instagram, Iqbal mencetuskan tanda tanya apabila meminta idea untuk drama terbaru mengenai seorang wanita yang masuk ke kelab malam sewaktu dalam idah.

Katanya, dalam drama itu ada babak di mana wanita berkenaan berpegangan tangan dengan bakal suami di dalam kereta sedangkan tempoh idah belum tamat.

iqbal

Namun kata ahli perniagaan ini, drama terbabit tiada kaitan dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

fitria
1 month ago

(VIDEO) "Bukan Nak Buka Aib Keluarga, Tapi Saya Kena Betulkan" - Kakak Safee Sali Akui Fitria Jadi Mangsa Keadaan, Mohon Hentikan Fitnah Terhadap Adik Ipar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...