“Dah Lama Kecantikan Dia Tak Dipelihara…” – Zahnita Gagal Tahan Sebak Dapat ‘Gigi Baharu’, Netizen Gembira Lihat Perubahan Zahnita

Hiburan

“Dah Lama Kecantikan Dia Tak Dipelihara…” – Zahnita Gagal Tahan Sebak Dapat ‘Gigi Baharu’, Netizen Gembira Lihat Perubahan Zahnita

Pelakon dan model, Zahnita Wilson tidak dapat menahan diri daripada menitiskan air mata selepas mendapatkan rawatan pemutihan gigi di sebuah klinik pergigian.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi klinik gigi itu, mereka memberitahu mereka berpeluang untuk mengembalikan semula senyuman manis Zahnita melalui beberapa rawatan.

Advertisement

Zahnita berjaya merawat dan mendapatkan semula permukaan gigi yang cantik selepas menjalani rawatan tersebut sebanyak dua kali.

Diakhir video, kelihatan model tersebut gagal menahan sebak dan menitiskan air mata selepas melihat perubahan yang berlaku pada dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat tangisan model itu dan mendoakan agar dia mendapat kebahagiaannya di masa akan datang.

komen ig

komen ig

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zahnita berkongsi foto matanya lebam dan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Zahnita Wilson dakwa suami cuba play victim
1 week ago

"Dia Letak Syarat Tarik Balik Kes Polis Jika Ingin Bercerai" - Zahnita Wilson Anggap Suami Cuba 'Play Victim'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...