Dah Lama Kahwin Tapi Sampai Sekarang Tiada Anak Lagi? Kesiannya Suami Kau..

Trending

Dah Lama Kahwin Tapi Sampai Sekarang Tiada Anak Lagi? Kesiannya Suami Kau..

Setiap pasangan yang dah berkahwin tiada satu pun yang tidak ingin zuriatnya sendiri kerana kehadiran anak amat dinanti-nantikan oleh suami isteri, termasuklah ahli keluarga yang lain untuk menyerikan lagi dalam keluarga.

Advertisement

Namun ada juga segelintir manusia yang mulutnya cakap lepas bila berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang. Terutamanya terhadap pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata.

“Janganlah dihina orang yang sedang menanti zuriat. ‘Eloknya’ awak perli orang yang sedang menanti zuriat sedangkan awak sedang mengandung.

“Ibu-ibu sekalian, bacalah. Sepatutnya dia mendoakan untuk kawannya yang sedang menanti cahaya mata. Saya baca pun sakit hati. Bertabahlah,” tulis Zarith Najwaa Abd Malik.

“Rasa geram saja hari ini. Baru saja bersembang-sembang dengan suami, seronok-seronok, tiba-tiba dapat mesej seperti ini. Maaf ayat yang terakhir itu, dah tak tahan sangat geram.”

Mohon kalian semua mendoakan saya dikurniakan rezeki anak dan saya doakan anda semua dikurniakan rezeki anak yang soleh dan solehah. Amin.

Usahlah diperli atau dihina mereka yang sudah lama menanti cahaya mata.

Rezeki setiap pasangan adalah berbeza dan sudah pasti ada hikmahnya mengapa lambat atau cepat. Bila mengandung, mulut hendaklah dijaga. Jangan sampai keceluparan mulut itu membinasakan diri atau bayi yang dikandung.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...