Dah Lama Berkawan, Tiada Isu Saya Punca Nazim Dan Bella Dally Bercerai – Elfira Loy

Hiburan

Dah Lama Berkawan, Tiada Isu Saya Punca Nazim Dan Bella Dally Bercerai – Elfira Loy

Kasihan pula kami dengan pelakon Elfira Loy, selepas hangat dihimpit pelbagai kritikan dan spekulasi mengenai kisah putus tunangnya, baru-baru ini beliau dituduh pula sebagai punca pasangan Nazim Othman dan Bella Dally bercerai gara-gara hubungan rapat beliau dengan aktor berkenaan.

Advertisement

Elfira menerusi portal BH ONLINE menyifatkan dakwaan tersebut adalah satu perkara yang mengarut. Elfira sudah lama mengenali Nazim dan turut berkawan baik dengan Bella sehingga hari ini. Tiada langsung masalah antara mereka bertiga.

Hanya kerana sekeping foto yang dimuat naik, pelbagai spekulasi timbul. Mungkin ini berlaku kerana Bella dan Nazim memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perpisahan mereka.

Malah, foto itu dirakamkan selepas mereka bercerai. Saya tak tahu bagaimana spekulasi itu boleh timbul pula, sedangkan kami sudah berkawan sejak dulu lagi. Saya harap tuduhan seperti ini tidak timbul lagi. Bagi saya ia bersifat kebudak-budakan.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter bukan sahaja menyebarkan tuduhan Elfira menjadi punca keretakan rumah tangga Bella dan Nazim, malah mengheret nama bekas tunangnya Sufian Suhaimi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...