Aktor dan pengacara Zoey Rahman mengejutkan netizen dengan penampilan barunya yang jauh berbeza dengan mukanya yang dahulu. Zoey mula menjadi bualan ramai apabila dikatakan telah menjalani pembedahan kosmetik.
Namun, menurut pelakon ini sendiri, dia tidak mahu mengambil tahu apa yang sedang dibualkan oleh netizen tentang dirinya kerana sudah lali menerima kritikan yang berbaur sindiran terhadap penampilannya kini.
Saya sudah lali dikecam dan dimaki. Itu perkara biasa bagi anak seni. Terpulanglah kepada orang untuk menilai. Kalau mereka anggap betul buat pembedahan muka, maka benarlah bagi mereka.
View this post on Instagram
Ketika ditanya berkenaan video dirinya yang sedang makeup, dia berkata perkara itu dibuat atas tujuan mempromosikan produk kosmetik jenamanya sendiri. Dia akui bangga dengan hasil produk miliknya dan tidak malu untuk menggunakannya walaupun dirinya lelaki. Menurut aktor ini juga, itu merupakan stategi perniagaan yang harus dibuat.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.