Baru-baru ini, selebriti terkenal iaitu Neelofa tampil memberi teguran di ruangan komen sebuah portal berita kerana meletakkan headline seakan-akan ‘menjemput’ netizen mengecam dirinya.
Bukan saja meninggalkan komen, malah Neelofa atau mesra dipanggil Lofa sempat memuat naik tangkap layar komen yang dibuat itu di Insta Story.
View this post on Instagram
Menurut selebriti itu, boleh saja portal berkenaan menulis headline yang lebih baik seperti Harian Metro dan Utusan dari membuat headline yang mengundang netizen untuk mengutuknya lagi.
Jangan lah trigger untuk dikecam. Dah dah la nak trigger orang untuk keji maki saya sekeluarga. Tak cukup lagi ke selama ni tengok saya dikecam?
Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular dengan drama Suri Hati Mr Pilot itu juga pertikaikan tidak cukupkah sebelum ini netizen mengutuk serta mencaci dia serta keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.