Pelakon Kamal Adli luah rasa bimbang terhadap sesetengah pelakon baru yang didakwa tidak serius ketika berada di set penggambaran.
Kata aktor berusia 39 tahun itu, dia tidak berdepan dengan situasi tersebut namun akui ada mendengat rungutan daripada rakan-rakan industri tentang pelakon baru leka bermain telefon.
Berbanding dengan artis senior yang lebih fokus apabila bekerja dan lebih banyak berbincang ketika berada di set penggambaran untuk penghayatan watak misalnya.

Kredit: Utusan Malaysia
Kamal turut memberikan contoh sikap aktor Azhar Sulaiman dan aktres Ellie Suriaty di mana dia berpeluang untuk bekerjasama baru-baru ini.
Saya sendiri menjadi saksi, telefon pintar memang tiada di tangan mereka. Biasanya mereka akan fokus, duduk berborak atau ajak latihan skrip.
Sejujurnya, saya tidak pernah jumpa lagi dengan bakat baru tetapi cerita-cerita ini banyak sampai ke telinga saya. Kerap main telefon, sudahlah tidak baca dan faham skrip, jumpa senior buat tidak tahu pula.
Kamal juga turut mengingatkan pendatang baru agar memberikan komitmen yang tinggi selain perlu memahami tugas masing-masing dan hargai peluang berlakon diberikan.
Suami Uqasha Senrose itu juga berkata tingkah laku pelakon baru memberikan impak kepada pelakon senior terutamanya membabitkan etika ketika bekerja di set.
Saya pun tak tahu tahap serius mereka dalam industri ini. Adakah mereka hendak jadi pempengaruh, pelakon atau selebriti?