Sejak menjadi pasangan suami isteri, Fatin Afeefa serta suami, Aliff Wang sering menjadi perhatian ramai dan video mereka juga sering mendapat ratusan ribu tontonan kerana dianggap terlalu sweet.
Baru-baru ini, terdapat satu potongan rakaman live pelakon berkenaan dan suami menjadi bualan ramai di platform TikTok.
Melalui video pendek tersebut, Fatin seperti terkejut apabila suami yang mesra dikenali sebagai Opai menyebut perkataan cerai tetapi memujuk dengan mencium dahi isterinya.
Oleh kerana berkelakuan sweet ketika live TikTok, Opai berseloroh membahan kaum ‘single’ kerana tidak dapat membuat perkara yang dilakukan olehnya kepada isteri.
Dah lah single, takde duit pula tu. Hari ini saya dapat 15,000USD (RM67,000). Minggu ni saja dah buat 17,500UDS (RM76,000). Korang semua sayuran!
Bahkan, sempat ‘menayang’ pendapatannya pada minggu itu kepada penonton yang menonton live Fatin.
Susulan berkata sedemikian, kebanyakkan netizen seakan-akan tersinggung dan merasakan suami Fatin terlalu riak menayang pendapatnya sambil mengeluarkan kata-kata seperti itu.
Sekadar info, pelakon Fatin Afeefa telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka pilihannya, Aliff Wang pada 30 Disember lalu.