“Dah Lah Main Serbu Je!” – 40 Tahun Duduk Atas Tanah TOL, Keluarga Sedih Rumah Diroboh Tanpa Notis

Kehidupan

“Dah Lah Main Serbu Je!” – 40 Tahun Duduk Atas Tanah TOL, Keluarga Sedih Rumah Diroboh Tanpa Notis

Tempat berteduh merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia, hilangnya dalam sekelip mata memang memberi kesan yang amat mendalam serta tamparan hebat buat seseorang.

Itulah yang dialami oleh sebuah keluarga ini apabila rumah yang sudah didiami selama 40 tahun dirobohkan oleh pihak berwajib atas sebab rumah tersebut dibina di tanah berstatus lesen penduduk sementara atau TOL.

Advertisement

Menurut salah seorang penghuni, tuan rumah sudah pun membuat permohonan kepada pejabat tanah untuk menukar status tersebut, namun urusan mendapatkan geran gagal.

Susulan memuat naik video rumah dirobohkan di TikTok, ia menjadi perhatian ramai dan rata-rata bersimpati terhadap keluarga tersebut, namun ada juga persoalkan penghuni rumah itu tidak berusaha mencari rumah lain jika sudah tahu tanah itu berstatus TOL.

komen netizen

komen netizen

Bagaimanapun, keluarga berkenaan mendakwa mereka sama sekali tidak diberikan sebarang notis untuk mengosongkan tapak tersebut sebelum kerja-kerja merobohkan rumah itu di buat.

Bahkan, pihak berwajib datang secara tiba-tiba selain keluarganya tidak diberikan wang pampasan.

Difahamkan dari penghuni juga, kerja-kerja merobohkan rumah itu dilakukan oleh pemaju hartanah dan bukannya pihak kerajaan.

2 years ago

(VIDEO) “Dia Akan Kongkong You” - Qistina Raisah Nasihatkan Wanita Supaya Tak Bercinta Dengan Lelaki ‘Insecure’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...