“Dah Lah Bayar RM6 Je”, Pemandu E-Hailing Halau Penumpang Kerana Tambang Rendah

Trending

“Dah Lah Bayar RM6 Je”, Pemandu E-Hailing Halau Penumpang Kerana Tambang Rendah

Biasanya setiap kali kita menggunakan perkhidmatan e-hailing, bayaran nilai tambang akan dipaparkan di aplikasi. Disebabkan itu juga lah ramai yang lebih gemar menggunakan e-hailing kerana kadar bayaran sudah boleh tahu dari awal.

Baru-baru ini, pengguna Twitter ini berkongsikan pengalamannya dihalau oleh pemandu e-hailing ini gara-gara bayaran tambang hanya RM6 sahaja.

Advertisement

Pemandu sampai di lokasi lain

Macam mana-mana perkhidmatan e-hailing yang lain, pemandu akan mengambil penumpang di pick up point yang ditetapkan. Tetapi pemandu ini menunggu di lokasi lain dan wanita ini terpaksa meredah hujan untuk ke lokasi pemandu.

Masa tu hujan, dan masa call dia kata dia dekat bus stop which is jauh and kitorang terpaksa meredah hujan. Tapi kitorang okay je sebab tak nak susahkan dia.

Mula naik angin

Bila wanita ini masuk sahaja ke dalam kereta, dia bertanyakan kepada pemandu kenapa tidak menunggu di pick up point sahaja. Tetapi tidak semena-mena, pemandu tersebut mula naik angin.

Kau bayar RM6 je lepas tu nak expect kitorang ambil kau dekat mana-mana yang kau nak. Bersyukur lah sikit tambang RM6 je.

Kalau nak diikutkan, harga tambang memang dah ditetapkan lebih awal. Sepatutnya tak ada isu tentang tambang rendah kerana bukannya harga tersebut ditetapkan oleh penumpang sendiri.

Pemandu tersebut bukan sahaja bersikap kurang ajar malah dia tidak jadi menghantar wanita ini ke lokasi sepatutnya dan menghantarnya ke lokasi asal semula.

“Jadi jugak macam ni semalam. Driver call dah sampai tapi dia tunggu tempat lain.”

“Pernah ada pengalaman dapat driver foreigner.”

“I pun pernah dapat driver biadap nak mampos! Dah la kurang ajar, charge i lebih siap tengking tengking lagi.”

“Driver i baru naik dia dah tekan reach destination ke apa ntah kat phone dia.”

Perkongsian wanita ini juga mendapat perhatian netizen di mana mereka juga turut sama berkongsikan pengalaman yang sama. Isu harga tambang murah tak sepatutnya dipersalahkan pada penumpang seperti yang dilakukan pemandu ini.

Artikel berkaitan: Tabahnya Warga Emas Usia 60 Tahun Ini Yang Terpaksa Bekerja Sebagai Pemandu Grab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...