Seorang artis yang namanya baru sahaja meningkat naik didakwa kantoi menyukai atau like hantaran video berbaur lucah di laman Twitter.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang pengguna Twitter yang meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui pelakon tersebut berbuat sedemikian.
Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut tidak menyangka artis tersebut melakukan perkara terkutuk itu secara umum dengan menggunakan akaun sebenar miliknya.
Bagaimanapun, sehingga kini individu tersebut enggan mendedahkan identiti sebenar artis terbabit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seperti sudah dapat menyangka siapakah identiti artis yang dimaksudkan.
Malah, ada juga yang memberi ‘hint’ tentang identiti artis berkenaan yang didakwa merupakan salah seorang calon anugerah BBNU di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.