Dah Kenapa Pusat Servis Perodua Letak Etika Pakaian Untuk Pelanggan? – “Ni Bukan Pejabat Kerajaan”

Automotif

Dah Kenapa Pusat Servis Perodua Letak Etika Pakaian Untuk Pelanggan? – “Ni Bukan Pejabat Kerajaan”

Hantaran seorang lelaki di Facebook mengundang perhatian ramai selepas dia memuat naik gambar papan tanda di Pusat Servis Perodua 1 di Semambu, Kuantan.

Menerusi foto itu, pusat servis terbabit telah mengenakan syarat kepada pelanggan yang datang untuk menghantar kenderaan mereka.

Advertisement

Tidak semena-mena pelanggan perlu patuhi etika pakaian ketika berurusan di pusat servis tersebut di mana perlu berpakaian sopan dan bersesuaian.

perodua

Perkongsian itu meraih perhatian dan mengundang pelbagai respon daripada pengguna Facebook yang lain di mana rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Perodua.

Ada menyuarakan pandangan dan mengatakan apabila mereka meletakkan syarat pemakaian sebegitu ia sama seperti yang diamalkan oleh pejabat kerajaan.

Bagaimanapun, difahamkan apa yang dilakukan itu bukanlah atas arahan pihak atasan Perodua dan pusat servis itu sudah pun menurunkan papan tanda etika pemakaian tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TMJ
1 year ago

"Tin Kosong, Macam Jakun Dapat Basikal" - TMJ Kritik Pemilik Lamborghini Pandu Cara Berbahaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...