Boleh dikatakan sejak menjadi tetamu undangan untuk konsert KRU, baru-baru ini, kumpulan Elite yang dianggotai oleh Linda Rafar, Abby Abadi, Azza, Sasha Saidin dan Watie kembali menjadi bualan ramai.
Ramai peminat terubat rindu melihat kelima-lima ahli wanita jelita itu kembali bersatu di atas satu pentas setelah bertahun-tahun tidak bersama.
Kumpulan Elite bakal adakan konsert?
Hal yang lagi menarik perhatian, Linda Rafar ada memuat naik hantaran video di Instagram Story memaparkan kelima-limanya berada di tempat yang sama sambil meletakkan lagu Aku Siapa Kau Siapa.
Khabar angin mengenai kumpulan Elita yang akan melakukan comeback mula tular, lagi-lagi apabila penganjur Icon Entertainment, Iman Tang memuat naik semula video mereka dengan kapsyen ‘Elite Coming Soon’.
Malah, Linda Rafar juga ada memuat naik hantaran dengan mengucapkan bismillah dan memaklumkan mereka kini mempunyai projek terbaru tetapi masih tidak boleh dimaklumkan kepada umum.
View this post on Instagram
‘Dah kena start kumpul duit ni!’
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan pengumuman penting daripada kumpulan Elite.