Tak lepas daripada perhatian peminat setia, personaliti terkenal Neelofa nampaknya sudah pun digelar ‘mommy’ oleh netizen apabila dia kini tampil berseri-seri seolah sedang berbadan dua.
Foto-foto dimuat naik suami Neelofa, Haris Ismail ketika bersama-sama turun padang menyertai aktiviti menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di media sosial membuatkan ramai tertumpu kepada bentuk fizikal pengasas tudung Naelofar itu.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai mengagak Neelofa kini sedang hamil kerana semakin berseri meskipun wajahnya terlindung di sebalik niqab.
Malah, ada yang mengandaikan usia kandungan bekas pengacara program MeleTOP itu di antara bulan ke-3 atau ke-4 kehamilan dan turut membahasakan Neelofa sebagai ‘mommy’.
View this post on Instagram
“Dijangka dalam tiga atau empat bulan (usia kandungan) agaknya. Masih boleh ‘cover’.” tulis seorang pengguna media sosial.
Walau bagaimanapun, Neelofa masih tidak memberikan sebarang respon mengenai dakwaan itu meskipun peminat sudah tidak sabar untuk melihat Neelofa dan Haris ‘junior’.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.