Dah Keluar Hospital, Intan Ladyana Ucap Terima Kasih Di Atas Doa Peminat

Hiburan

Dah Keluar Hospital,  Intan Ladyana Ucap Terima Kasih Di Atas Doa Peminat

Pelakon jelita, Intan Ladyana tampil mengucapkan rasa syukur apabila dia telah dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat dijangkiti COVID-19.

Intan Ladyana Haris Alif
2 years ago

Intan Ladyana & Harris Alif Dikejarkan Ke Hospital Sungai Buloh Kerana Positif COVID-19

Advertisement

Isteri kepada pelakon dan juga personaliti TV Harris Alif ini juga memohon maaf kepada peminat dan rakan artis yang memberi ucapan doa kerana tidak dapat membalas semuanya.

Dia juga sempat mengucapkan selamat tahun baru kepada semua dan berharap agar segalanya dipermudahkan dan dijauhkan daripada segala malapetaka dan bencana.

Alhamdullilah saya sudah pulang. Kini baru pulih, untuk beberapa hari lagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua doa dan ucapan selamat. maaf saya tidak dapat membalas setiap ucapan secara individu.

Memuat naik hantaran tersebut di Instagram, Intan Ladyana kelihatan tersenyum manja di samping suaminya, Harris yang berada di sisi.

Terdahulu, Intan yang kini sarat hamil telah dikejarkan ke hospital kira-kira jam 11 malam sekitar pertengahan bulan lalu.

Intan difahamkan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh berikutan dirinya hamil manakala Harris hanya perlu menjalani kuarantin di rumah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...