Dah Kahwin Tapi Perangai Macam Bujang Lagi, Lebihkan Kawan Dari Isteri Sendiri?

Trending

Dah Kahwin Tapi Perangai Macam Bujang Lagi, Lebihkan Kawan Dari Isteri Sendiri?

Kahwin-Muda

IBARAT lautan api sanggup aku renangi demimu wahai kekasih hati. Masa bercinta semuanya indah-indah belaka. Yang terkurang sana-sini pun sanggup dimaafkan.

Advertisement

Ungkapan cinta setiap hari dilafazkan. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena kerana rindu akan si jantung hati.

Namun, setelah melangkah ke alam baru, iaitu alam berumah tangga, tiada lagi ungkapan-ungkapan manis, kekurangan yang sedikit diperbesar-besarkan.

Sedarlah wahai insan yang bernama lelaki dan wanita bahawa perkahwinan itu datang dengan satu tanggungjawab yang besar, baik untuk si suami atau yang bergelar isteri.

Alam rumah tangga tidak sama sewaktu alam bercinta, cabaran dan dugaan yang datang juga berbeza-beza. Seandainya terdapat salah faham antara suami dan isteri, cubalah untuk selesaikan secara baik dan harmoni.

Dugaan dan cabaran yang hadir merupakan asam garam dalam rumah tangga yang akan menambah dan merancakkan lagi keharmonian perkahwinan.

Di samping untuk mendidik masing-masing untuk menjadi yang terbaik.

Ikuti luahan seorang wanita yang juga isteri melalui laman ‘Facebook’nya, merasakan suaminya tidak berlaku adil terhadap dirinya kerana lebih mementingkan kawan-kawan.

wife1

wife2

Ramai dalam kalangan wanita bersetuju dengan pendapat dan luahannya, kenyataan yang dikeluarkan hampir mendapat 1 ribu perkongsian. Rata-ratanya adalah kaum Hawa.

Capture-3

Walau apa pun, baik di pihak lelaki mahupun wanita, tanggungjawab seharusnya dipikul bersama. Jangan biar ada pihak yang merasa tersinggung dek perbuatan kita itu.

Kerana masalah yang timbul walau sekecil zarah sekali pun, seandainya tidak ditangani dengan baik dan bijaksana akan membawa kepada keburukan seperti perceraian.

Sesungguhnya, Allah tidak suka akan perceraian. Ia diibaratkan seperti meruntuhkan masjid yang telah dibina.

Nasihat Mynewshub untuk kaum Adam, jagalah hati isteri anda kerana apa yang diluahkan itu ada benarnya. Fikir-fikirkan.

Sumber : mynewshub

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...