Belum reda dengan isu Syamsul Yusof mengahwini ‘orang ketiga’ dalam perkahwinannya iaitu Ira Kazar, muncul pula mengenai bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan kahwin wanita lain biarpun belum berstatus duda.
Lagi membuatkan hal itu menjadi tumpuan ramai kerana Zainal Abidin telah pun berkahwin dengan adik pelakon popular, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat yang jauh lebih muda darinya.
Susulan telah menjadi bualan ramai, pihak Gempak menemui Ayda Jebat untuk bertanyakan pendapatnya mengenai perkara yang berlaku ini.
View this post on Instagram
Pelakon terbabit enggan mengulas terlalu banyak mengenai perkara tersebut kerana banyak hati yang perlu dijaga termasuk keluarganya serta keluarga Zainal Abidin.
Dah jodoh dan mereka ambil keputusan untuk kahwin. Jodoh itu di tangan Allah, jadi kita kena terima lah.
Dalam pada itu, Ayda hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut daripada mengecam mereka.
Tambahan lagi, dia turut bangga dengan adiknya, Fyna kerana berani berterus-terang mengenai perkahwinan itu dan masih kekal tenang dengan segala yang berlaku.
Sekadar info, tular seorang pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak terkenal era 80-an serta 90-an mengahwini Fyna dan individu lelaki tersebut belum berstatus duda.