“Dah Janji Dengan Arwah Bapa…” Ning Baizura Tolak Tawaran Berlakon Filem Seram

Hiburan

“Dah Janji Dengan Arwah Bapa…” Ning Baizura Tolak Tawaran Berlakon Filem Seram

Pelakon dan penyanyi, Ning Baizura mengakui dia sebenarnya masih berasa takut untuk berlakon dalam mana-mana filem atau drama bergenre seram.

Menurutnya, masih tiada keberanian untuknya beraksi dalam plot cerita seram kerana menurutnya, dia bimbang tidak dapat mengawal perasaan takut.

Advertisement

Malah, Ning juga pernah berjanji dengan arwah bapanya, Allahyarham Sheikh Hamzah Sheikh Mohamed untuk tidak pernah terlibat dalam mana-mana karya bergenre seram.

Walaupun pernah ditawarkan untuk berlakon dalam filem bergenre berkenaan, dia terpaksa menolak kerana perasaan takut menguasai diri.

“Saya tak boleh nak kawal perasaan takut itu.. lagi pula saya dah berjanji dengan arwah bapa, dia cakap jangan buat cerita hantu. Itu yang dia pesan,”

 

View this post on Instagram

To love someone is to understand each other, laugh together, smile with your heart and trust one another. Loving someone never gives you the right to control them. You can’t force them to love you the way you want. When you truly love someone, you don’t judge them by their past.you just accept them for who they are & what they inspire to be! LOVE UNCONDITIONALLY THEY SAY. During this #CMCO times i hv learned a lot about myself , my family & my friends… It’s not easy!! Please reach out if u need someone to talk to.. I know how u feel if u are alone! It’s okay to cry ? it’s okay to ? laugh it’s okay to admit that you are adjusting to the “New Normal” by the end of the day u must let go and talk to someone!! I am here if u wanna reach out!! #staysafe #staysane #bepositive #movementrestrictionorder #behealthy #speakup #reachout #ningshares

A post shared by Ning Baizura Hamzah Dalton (@ningdalton) on

Ning yang pernah membintangi filem Lady Boss ini pernah menolak untuk membintangi karya berunsur mistik sebanyak dua kali dan mengakui tidak pernah menyukai benda-benda mistik.

Dalam perkembangan terbaru, Ning Baizura bakal tampil dalam filem Mahathir The Journey dan dia akan membawakan watak Datin Paduka Marina Mahathir yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Filem yang menelan bajet sebanyak 6 juta ini merupakan karya Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...