Usahawan sensasi, Nur Sajat sekali lagi mengundang kontroversi apabila bertindak memuat naik video memaparkan dirinya di laman Instagram.
Menerusi video tersebut, pempengaruh media sosial berusia 37 tahun itu dilihat sedang menggayakan beberapa pakaian dalam wanita atau ‘lingerie’.
Bagaimanapun, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai kerana penampilannya dikatakan terlalu seksi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengkritik tindakan ‘berani’ Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memuat naik video berkenaan di media sosial.
Selain itu, ada juga pengikut yang meluahkan rasa kecewa dengan usahawan itu apabila mengatakan mereka mengikutnya kerana dia sering menghiburkan orang namun terpaksa ‘unfollow’ gara-gara video berkenaan.
Malah, ramai juga yang sudah menerima kenyataan bahawa dia bukanlah ‘wanita tulen’ namun meminta agar dia tetap menjaga auratnya memandangkan dia masih beragama Islam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.