“Dah Jadi Annoying Dan Mengaibkan..” – DS Vida Buat Teguran Secara Terbuka Terhadap Caprice, Dakwa ‘Content’ Mula Mengaibkan Orang

Hiburan

“Dah Jadi Annoying Dan Mengaibkan..” – DS Vida Buat Teguran Secara Terbuka Terhadap Caprice, Dakwa ‘Content’ Mula Mengaibkan Orang

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tampil memberi teguran secara terbuka buat penyanyi Caprice gara-gara kandungan media sosial yang dibuat penyanyi rap itu sejak kebelakangan ini.

Dalam satu hantaran Instagram, Vida berkata dia mengambil keputusan untuk menegur Caprice setelah melakukan solat subuh, mengaji dan istikarah.

Advertisement

Video ini saya tujukan kepada Caprice. Saya bukan nak kejutkan harimau yang sedang tidur ke apa. Tapi hati saya terpanggil nak beritahu pasal posting Caprice yang viral daripada asalnya nak bagi kesedaran dah jadi banyak ke arah benda yang mengaibkan.

Difahamkan, Vida merujuk kepada kandungan isu abang bas yang diketengahkan Caprice.

Tiap-tiap hari saya tengok dok up. Dah jadi annoying dan mengaibkan. Dia (Abang Bas) pun dah kena tindakan apa semua. Dah kena jamin. Mungkin Caprice boleh bagi kesedaran dalam bentuk lain pula pasal pedofil atau yang lain.

Jadi saya ni sebenarnya berat hati nak cakap, tapi saya terpaksa. Caprice seorang yang baik yang saya kenal lama dah. Pernah belanja saya makan dan saya hormat Caprice. Senntiasa mengikuti Caprice dari dulu lagi.

Tambahnya lagi, dia lebih gemar melihat Caprice membuat kandungan bersama isteri dan anak-anak dan menganggap segala perbuatan penyanyi rap itu telah menyebabkan dia kehilangan ramai pengikut media sosial.

Sayang benda macam ini walaupun dapat vibes viral tapi pengikut ke mana? Nasihat jujur dan ikhlas setelah saya solat subuh, mengaji dan istikarah. Saya nampak benda ini kena suarakan. Saya minta maaf banyak-banyak.

Di akhir video, Vida memohon maaf jika tegurannya itu membuatkan Caprice terasa hati dan tersinggung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

liyana jasmay geram
3 months ago

"Sebab Nak Engagement Tinggi, It's So Basi!" - Liyana Jasmay Geram Ramai Pencipta Kandungan Gemar Buat Ulasan Filem Negatif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...