Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu video drama berjudul Gulai Labu Ikan Masin terbitan RTM sekitar tahun 2010 yang lalu.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila pelakon sensasi Hafidz Roshdi yang pada ketika itu masih muda remaja berlakon bersama-sama isterinya kini iaitu Athira Yuhada.
Dalam video tersebut, kelihatan Hafidz berada di tepi sungai dan sedang menyiapkan makanan dan menyedok nasi dan kuah untuk diberikan kepada Athira.
Drama itu yang turut menampilkan arwah pelakon Faizal Yusof, Julia Zeigler, Jalil Hamid dan ramai lagi pelakon hebat itu difahamkan telah ditayang semula di televisyen baru-baru ini.
Gara-gara kisah kontroversi membabitkan pelakon itu sebelum ini bersama bekas isteri, Shuhada dan isterinya kini, Athira Yuhada, ternyata video itu menimbulkan pelbagai respon dalam kalangan warga maya.
Ramai yang tidak menyangka kedua-duanya pernah berlakon bersama dalam sebuah drama tempatan.
Malah, ada yang meninggalkan komen lucu seperti menyamakan Hafidz dan Athira seperti watak kartun comel, Upin Ipin pula.
“Memang dah tertulis jodoh dua ni.. cuma jalan cerita ja banyak alur.. kesian syu, semoga dapat jodoh lebih baik. masing² bahagia & selesai dengan cara baik demi anak-anak.” komen seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.