“Dah Iras Fasha Sandha” – Puteri Balqis Disolek Alha Alfa, Netizen Puji Dah Macam ‘Miss World’!

Hiburan

“Dah Iras Fasha Sandha” – Puteri Balqis Disolek Alha Alfa, Netizen Puji Dah Macam ‘Miss World’!

Siapa tidak kenal Dato’ Alha Alfa, seorang jurusolek terkenal yang telah menghiasi wajah ramai selebriti terkenal dan orang kenamaan dengan teknik ‘makeup’ yang cantik dan malar segar.

Baru-baru ini, personaliti itu dilihat mencuri tumpuan warga maya apabila dia menata rias wajah pelakon remaja terkenal, Puteri Balqis.

Advertisement

Perkongsian momen-momen solekan pelakon wanita terbaik Asian Television Award itu turut dikongsi Alha menerusi satu hantaran Instagram miliknya.

Puteri Balqis dilihat cantik dengan solekan berona merah jambu lengkap berserta ‘cat eye’ yang menaikkan seri muka aktres itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Puteri Balqis yang terlihat dewasa dan seiras pelakon terkenal, Fasha Sandha.

Malah, ada yang mengatakan solekan yang dikenakan Puteri Balqis itu membuatkan dia seperti ‘Miss World’ dan mempunyai kacukan Thailand dan Latina.

Puteri Balqis menerusi ruangan komen hantaran yang sama turut meluahkan rasa puas hati dan mendakwa wajahnya tidak ditumbuhi jerawat kecil seperti kebiasaan selepas mengenakan solekan tebal untuk apa-apa majlis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Watie Talitha
10 months ago

Watie Hanifiah Kena Kecam Ketika 'Live', Talita 'Back Up' Ibu Tiri - "Jaga Mulut Jangan Buat Semak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...