“Dah Ikhlas Maafkan..” – Bekas Isteri PU Raihan Batal Tuntutan Mut’ah Rumah Banglo Bernilai RM300k

Hiburan

“Dah Ikhlas Maafkan..” – Bekas Isteri PU Raihan Batal Tuntutan Mut’ah Rumah Banglo Bernilai RM300k

Jika anda masih ingat, sekitar tahun lalu terdapat satu pertikaian telah berlaku antara Pencetus Ummah (PU) Raihan Husni bersama bekas isterinya mengenai hak mut’ah berupa sebuah rumah bernilai lebih kurang RM300,000.

Bekas isteri PU Raihan, Ain Qaiyimah telah menuntut mut’ah sebagai tebus nilai rumah berkenaan yang dibina atas tanah milik bapa bekas suaminya itu.

Advertisement
bekas isteri PU RaihanSumber : Instagram  
bekas isteri PU RaihanSumber : Instagram  

Namun begitu, baru-baru ini Ain menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya telah memaklumkan bahawa dia telah membatalkan tuntutan itu di atas beberapa sebab.

Meskipun sudah diingatkan bahawa terdapat kemungkinan dan risiko jika Ain ingin menuntutnya semula, namun wanita itu telah tekad dengan keputusan tersebut.

Ujar Ain, mereka berdua sudah berbincang dengan baik dan pembatalan tuntutan itu dibuat kerana dia sudah memaafkan dengan seikhlas hati bekas suaminya itu.

Jelasnya, meskipun tuntutan tersebut adalah layak untuk dituntut oleh Ain, namun dia lebih takut jika tindakan meneruskan hal itu akan menganiaya individu lain serta enggan mengaut keuntungan atas kepentingan dirinya sendiri.

bekas isteri PU RaihanSumber : Instagram  

Dia juga cuba reda dan ikhlas dengan takdir yang tertulis jika rezekinya bukan di situ.

Kesemua 4 tuntutan yang pernah difailkan Ain sudah diturunkan atas kerelaan hatinya sendiri dan  tambahan pula dia juga sudah menjadi milik orang lain manakala PU Raihan juga sudah membawa haluan hidupnya sendiri.

Mereka berdua juga sudah bersetuju untuk berbaik demi menjaga kesihatan emosi dan mental anak-anak, hasil daripada perkongsian hidup mereka sebelum ini.

PU Riz
3 years ago

PU Riz 'Belanja' Lagu Hazama, Netizen Kagum & Puji Suara Merdu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...