“Dah Hilang Sabar” – ‘Hancur’ Barang Penting Dalam Rumah, Kakak Buntu Adik Austism Sukar Dikawal

Kehidupan

“Dah Hilang Sabar” – ‘Hancur’ Barang Penting Dalam Rumah, Kakak Buntu Adik Austism Sukar Dikawal

Kalau dahulu, persoalan mengenai kanak-kanak yang menghidap Austism tidak seluas seperti sekarang ini. Banyak cara serta sumber-sumber yang boleh dirujuk jika adanya Austim di dalam keluarga mereka.

Sedia maklum, menjaga individu Austism bukanlah satu perkara yang mudah kerana ada masa mereka akan hilang kawalan hingga boleh merosakkan harta benda ataupun mencederakan orang yang menjaga. Namun, apakan daya itu sememangnya sifat semula jadi mereka.

Advertisement

Seperti yang dikongsikan seorang wanita di Twitter ini yang mempunyai adik Austism, dia memohon bantuan orang ramai untuk mencadangkan rawatan terbaik untuk adiknya itu.

Difahamkan dari ciapan berkenaan, wanita itu sudah buntu untuk mengawal adiknya yang semakin hari didakwa semakin tidak boleh dikawal.

Dapat dilihat dari ciapan yang dilakukan, wanita itu menunjuk keadaan rumahnya seakan-akan seperti dimasuki perompak. Segala barang-barang penting di dalam rumah semuanya dikatakan sudah rosak di buat oleh adiknya apabila mengamuk.

Dalam pada itu, dia turut berkata ini merupakan ‘tantrum’ paling teruk yang pernah dihadapi oleh mereka sekeluarga.

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen memberi cadangan kepada wanita itu cara untuk mengawal adiknya dan ada juga meminta mereka sekeluarga untuk kekal tabah hadapi ujian ini.

1 year lalu

Bapa Kesal Anak 'Autisme' Dicederakan Pengasuh Pusat Jagaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. rahsia kecantikkan

    June 1, 2022 at 7:40 am

    Sekiranya dapat rawatan dari kecik inshaallah dia tak seagresif nie

Loading...