“Dah Hampir Lima Bulan Kami Tunggu..” – Anak Mati Dalam Lokap, Keluarga Orang Asli Tuntut Sebab PDRM Tak Bagi Tengok CCTV

Kehidupan

“Dah Hampir Lima Bulan Kami Tunggu..” – Anak Mati Dalam Lokap, Keluarga Orang Asli Tuntut Sebab PDRM Tak Bagi Tengok CCTV

Satu pasangan suami isteri Orang Asli dari Pekan, Pahang mendesak agar pihak polis mendedahkan sebab mereka tidak dibenarkan melihat CCTV setelah anak mereka dilaporkan mati ketika dalam tahanan lokap IPD Pekan pada 4 Mei lalu.

Lapor Sinar Harian, Noriah Hitam,51, dan suami, Me King King,58,  berkata pihak mereka langsugn tidak dimaklumkan mengenai perkembangan kes kematian anaknya, Norazman Me,25, yang ditahan kerana terlibat dalam kes curi motosikal.

Advertisement

Keluarga orang asli tuntut jawapan polis anak amti dalam lokap

Kata Noriah, mereka hanya diberitahu siasatan kes dijalankan pasukan polis dari Bukit Aman.

Sekarang sudah hampir lima bulan kejadian berlaku namun kami langsung tidak menerima sebarang maklum balas daripada polis. Saya tidak puas hati dan mendesak siasatan kematian anak saya dilakukan secara terperinci dan adil.

Noriah juga kesal kerana dia dan suami tidak dibenarkan untuk melihat rakaman CCTV lokap bagi melihat kejadian sebenar yang berlaku.

4 Mei lalu kira-kira jam 3 pagi, kami dapat panggilan daripada polis memaklumkan anak lelaki saya meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke HTAA untuk proses bedah siasat.

keluarga orang asli tuntut jawapan polis

Mayat diserahkan kepada keluarga setelah selesai bedah siasat untuk dibawa pulang dan dikebumikan.

Selepas itu, kami langsung tidak menerima sebarang jawapan kes ini walaupun beberapa kali cuba menghubungi pegawai terlibat melalui panggilan telefon dan WhatsApp untuk mengetahui perkembangannya.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihak mereka sudah melakukan siasatan awal berkenaan insiden kematian tahana berkenaan.

Keluarga orang asli, kp pahang

Kes ini telah dibuka kertas siasatan SDR (mati mengejut) selepas kejadian. Saya juga bersedia untuk bertemu dengan keluarga mangsa bagi tujuan penjelasan lanjut berkaitan kes itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Alif teega didakwa salah guna dana awam RM63K
3 months ago

Alif Teega Didakwa Salah Guna RM63K Dana Awam Untuk Infaq Korban, Iftar Mekah, Syria & Palestin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...