(VIDEO) “Dah Habis Makan Baru Perasan..” – Pelanggan Tergamam Lihat Tikus ‘Bersantai’ Di Tempat Buffet

Kehidupan

(VIDEO) “Dah Habis Makan Baru Perasan..” – Pelanggan Tergamam Lihat Tikus ‘Bersantai’ Di Tempat Buffet

Restoran atau gerai makan yang menjadi tumpuan atau persinggahan pelanggan pastinya akan menilai bukan sahaja dari kesedapan malah juga kebersihan premis.

Lain pula yang terjadi pada seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu apabila dia terlihat perkara tidak sepatutnya ketika makan di sebuah restoran.

Advertisement

Menerusi perkongsian Ayu di TikTok miliknya, dia dilihat sedikit kaku dan tergamam setelah melihat dua ekor tikus ‘bertenggek’ di tempat hidangan lauk buffet kedai makan tersebut.

Malah, bahagian tersebut tidak dikawal selia oleh mana-mana pekerja sehingga membuatkan ‘ratatouille’ itu bermaharajalela di kawasan itu.

Ujar Ayu, dia dan rakan-rakan lain baru sahaja selesai makan di restoran itu sebelum melihat kehadiran dua ekor tikus itu.

tikus mamakSumber : TikTok  

Katanya, kejadian itu benar-benar membuatkan mereka ‘kembang tekak’ dan ingin termuntah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman makan di gerai kotor dan ada juga yang bertanyakan lokasi restoran tersebut namun persoalan itu tidak dijawab oleh gadis tersebut.

Harapnya peniaga kedai makan di luar sana sentiasa menjaga kebersihan kerana kesihatan pelanggan patut diutamakan setiap masa ya.

kl
3 years ago

(VIDEO) "Kembang Tekak Tengok" - Netizen Geli Tengok Restoran Popular Di KL Kotor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...