Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dah Dua Tahun Kawan Cuba Ajak, Tapi Kurang Berminat..” Amar Asyraf Kini Sertai Jemaah Dakwah, Ingin Berubah Ke Arah Lebih Baik

Pelakon Amar Asyraf yang sebelum ini pernah dihimpit kontroversi mengenai kisah rumah tangganya kini dikatakan sudah berubah ke arah yang lebih positif apabila mula memberikan tumpuan dalam aspek kerohanian dan keagamaan.

Amar AsyrafSumber : Google  

Amar yang ditemui sebuah media berkata, dia berasa sangat bersyukur kerana merasakan Allah masih menyayanginya meskipun mempunyai banyak dosa dan kelemahan sebagai seorang hamba serta manusia sehingga dia ‘terpilih’ untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.

Advertisement

Dia dalam pada itu turut memohon maaf di atas kelemahan dan kesilapan yang ditunjukkan sebelum ini. Menganggap dirinya mempunyai banyak kekurangan, pelakon drama Perempuan Lindungan Kaabah ini juga merasakan dia tidak menyempurnakan tuntutan agama dengan sebaiknya.

Tambah Amar lagi, ramai rakan artis telah mengajak supaya menyertai jemaah dakwah sejak beberapa tahun yang lalu namun pada ketika itu dia masih belum menunjukkan minat.

View this post on Instagram

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf)

“Sudah dua tahun mereka ajak tapi hanya baru-baru ini Allah pilih untuk saya menyertainya. Tak dinafikan ada rasa nak ikut tapi saya masih alpa. Saya membiarkan diri digoda syaitan. Alhamdullilah, saya akhirnya tekadkan hati dan berjaya ke program yang berlangsung di sebuah lokasi baru-baru ini.”

Advertisement

Menzahirkan perasaan gembira dan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang sukar untuk digambarkan, Amar mulai sedar bahawa banyak perkara yang dia tidak tahu sebagai seorang manusia.

Tambahnya, menerusi program itu, dia belajar mengenai perkara yang patut dibuat dan dilarang dalam agama Islam.

Dalam pada itu, Amar juga menafikan perubahan dirinya kini bukanlah kerana kontroversi yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu.

Advertisement

“Tak apa kerana itu kelemahan saya. Saya tidak ambil kisah kerana nak kembali ke fitrah yang sepatutnya. Berkenaan bidang seni akan diteruskan tapi tengoklah pada bentuknya. Sudah pasti akan ada perubahaan. Saya pegang pada pendapat jumhur ulama supaya jangan terlalu drastik membuat perubahan.”

Terdahulu, Amar Asyraf pernah mencetuskan kontroversi apabila seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman mendakwa pernah hampir bernikah dengan Amar namun gagal setelah mengetahui pelakon tersebut mempunyai seorang lagi isteri iaitu Vivi Jeffry (isteri kedua) dan juga zuriat hasil perkahwinan tersebut.

Susulan pendedahan itu, Amar kemudian menceraikan isteri keduanya itu pada 4 November 2019. Pelakon ini dilaporkan telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertamanya iaitu Arna Salleh pada Jun 2013 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. vnldf

    February 17, 2021 at 8:43 pm

    tkut nk percaya lebai jadian

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top