Dah Dipujuk Tapi Masih Mahu Tuntut Fasakh Punca Bunuh Isteri Sendiri, Suami Serah Diri Pada Pihak Polis

Berita

Dah Dipujuk Tapi Masih Mahu Tuntut Fasakh Punca Bunuh Isteri Sendiri, Suami Serah Diri Pada Pihak Polis

Kejadian yang baru berlaku di Perak telah menyayat hati ramai pihak selepas seorang suami mengaku pada pihak polis bahawa dirinya membunuh isteri sendiri.

Isteri dibunuh oleh suami sendiri

Berita ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, di mana dipercayai suspek sedar diri kepada pihak berkuasa dan ia berpunca kerana masalah rumah tangga.

Advertisement

Difahamkan, suspek yang berumur 36 tahun itu bertindak membunuh isteri yang berusia 32 tahun berpunca kerana mangsa masih mahu menuntut fasakh biarpun sudah dipujuk.

suami bunuh isteri tuntut fasakh

Semakan mendapati suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian, iaitu pada 19 Jun (kelmarin).

Suami serah diri pada pihak polis

Pihak polis turut mengesahkan suspek menikam mangsa, kemudian hadir sendiri ke Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang semalam untuk menyerah diri.

Suspek kemudiannya ditangkap untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan.

suami bunuh isteri tuntut fasakh

bunuh isteri
7 months ago

Lelaki Pusing Kampung Berniaga Daging Dalam Karung, Rupanya Jual Anggota Badan Isteri Yang Dibun*h & Dikeratnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Berita TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...