Pelawak Along Cham yang sebelum ini ‘mendaftar masuk’ di penjara Sungai Buloh tampil berkongsi pengalamannya dalam sebuah podcast baru-baru ini.
Menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang menginsafkan, Along berkata penjara Sungai Buloh itu bukanlah suatu tempat yang menakutkan seperti yang diceritakan ramai orang.
Pengalaman saya ketika berada di ‘madrasah’ Sungai Buloh (Penjara Sungai Buloh) saat terbukanya tirai besi, macam-macam perasaan saya.
Kita sebelum ini dimomokkan dengan pelbagai cerita tetapi tidak sangka, saya disambut dengan senyuman anggota mengawal. Mereka beri semangat. Dalam penjara, banyak pengajaran dan input saya dapat.
Kongsi Along lagi, dia turut dilawati seseorang yang didakwanya Timbalan Pengarah Penjara berkenaan bagi memastikan dia berada dalam keadaan baik.
Timbalan Pengarah itu datang untuk berjumpa saya sehingga buatkan saya rasa terperanjat.
Perkara pertama dia buat ketika berjumpa, dia pegang bahu saya dan cakap saya belum lagi dilabel banduan. Dia mahu saya selepas keluar dari sini jadi lebih kuat. Dia minta saya berjanji.
Bayangkan Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh yang datang cakap pada saya begitu. Dia cakap selagi saya tidak buat salah dalam penjara, mereka tidak akan berkasar dengan saya.
Terdahulu, Along dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen setelah dia menghadapi pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.