Baru-baru ini, seorang doktor bernama Puan Zulfa berkongsikan cerita mengenai pasangan suami isteri yang mahu menambah anak datang ke kliniknya.
Difahamkan, pasangan itu telah dikurniakan 3 orang anak perempuan tetapi si suami berkeras mahu mempunyai anak lelaki juga.
Susulan itu, Dr Zulfa memberitahu tentang konteks kromosom, di mana sel sperma suami merupakan penentu untuk jantina anak.
Bagi mendapatkan jangkaan lebih tepat, doktor terbabit meminta pasangan terbabit jalani pemeriksaan secara khusus termasuklah ikhtiar rawatan bayi tabung (IVF).
Kesabaran Puan Zulfa semakin menipis selepas suami wanita terbabit seakan-akan tidak dapat menerima penjelasan terbabit dan mahukan cadangan yang lebih pratikal.