“Dah Dapat Restu Nadia..” – Tular Isu Tauke Jambu Kahwin Lagi, Akhirnya Terjawab..

Hiburan

“Dah Dapat Restu Nadia..” – Tular Isu Tauke Jambu Kahwin Lagi, Akhirnya Terjawab..

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu tular di platform media sosial berkenaan dengan video yang memperlihatkan pelawak Tauke Jambu berpakaian serba putih disamping seorang wanita yang turut berbusana putih seolah-olah baru selesai bernikah.

Ramai netizen yang membuat spekulasi bahawa Tauke dan wanita yang dipercayai bernama Shu itu telah bernikah memandangkan kedua-dua mereka bergambar di hadapan masjid.

Advertisement

Walau bagaimanapun, tiada sebarang jawapan mahupun penjelasan dari kedua-dua pihak dan perkara itu telah menjadi tanda tanya kepada netizen tentang rumah tangga pelawak itu bersama isterinya, Nadia Mohd Affendi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yang Mendapat Hidayah (@taukejambu2)

Akhirnya terjawab apabila Tauke dan Shu tampil membuat penjelasan menerusi temu bual bersama mStar berkata memang benar beliau berada di  majlis pernikahan itu dan apa yang dilakukan telah mendapat restu isterinya, Nadia.

Dalam pada itu, dia juga berkata tidak mempunyai sebarang niat untuk merahsiakan hal ini, namun tidak berasa selesa untuk bercerita memandangkan sudah beberapa kali berkahwin tetapi disebakan desakan ramai pihak, Tauke akur membuat penjelasan.

Tauke Jambu bernikahSumber : Google 

Tambahan lagi, wanita yang dikenali sebagai Shu itu juga memberitahu bahawa dia sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkahwinan ini memandangkan hubungannya bersama isteri pertama baik-baik saja.

Apabila ditanya mengenai penerimaan Nadia tentang perkahwinan ini, pelawak itu berkata isterinya meredai majlis tersebut dan sangat beruntung mempunyai isteri sebaik itu.

Sekadar info, sebelum ini tular beberapa video di TikTok yang mendakwa Tauke Jambu telah bernikah dengan wanita bersama Shu.

tauke jambu menikah
2 years ago

Video Tular, Tauke Jambu Selamat Bernikah Lagi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...