“Dah Dah Lah Korang, Dia Pun Manusia” – ‘Update’ Di IG Sedang Bercuti, Peminat Minta Netizen ‘Stop’ Kecam Ismail Izzani

Trending

“Dah Dah Lah Korang, Dia Pun Manusia” – ‘Update’ Di IG Sedang Bercuti, Peminat Minta Netizen ‘Stop’ Kecam Ismail Izzani

Semalam, penyanyi Ismail Izzani yang baru sahaja terlibat dalam satu kontroversi panas telah memuat naik gambar menunjukkan dia sedang bercuti/

Menerusi gambar itu, Ismail dilihat berada di tempat peranginan tepi pantai dan foto yang menunjukkan belakang badannya itu dipenuhi dengan komen daripada peminat serta pengikut,

Advertisement

Rata-ratanya memberikan komen mereka tentang isu video tular yang menunjukkan Ismail Izzani menari sambil memeluk dan bercumbu dengan seorang wanita seksi.

Terdahulu, Ismail ada memuat naik gambar pasport seperti memberi hint bahawa dia mahu membawa diri untuk merehatkan dirinya selepas apa yang berlaku.

Menerusi ruangan komen, ramai yang meminta netizen untuk berhenti menghentam penyanyi berusia 22 tahun ini dan berkata setiap manusia membuat kesilapan.

Selain itu, sesetengah turut berkata apa yang berlaku ini dikira sebagai ujian buat Ismail dan mereka yang mengutuknya beruntung kerana aib ditutup oleh Tuhan.

Bagaimanapun, ada segelintir yang menganggap mereka yang komen sebegitu hanya ‘penjilat’ dan berpendapat apa yang berlaku sememangnya salah Ismail sendiri kerana melakukan perkara yang tidak baik seperti pergi ke kelab malam.

Ni sengaja buat salah. Kalau dia tak pergi kelab mungkin dia jinak je kat rumah.”

1 year ago

"Saya Akan Memperbaiki Diri" - Teruk Dikecam Gara-Gara Video 'Panas', Ismail Izzani Akui Kesilapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...